Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Terengganu pelawa syarikat melabur di KTIP

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu mempelawa serta mengalualu­kan mana-mana syarikat untuk melabur di Taman Perindustr­ian Kertih Terengganu (KTIP) di Kemaman, yang dijangka beroperasi menjelang 2024.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan menyediaka­n pelbagai keistimewa­an supaya kawasan industri minyak dan gas di negeri itu terus menjadi lokasi pilihan pemain industri itu.

“Insentif juga disediakan bagi menarik lebih ramai pelabur untuk sama-sama membangunk­an projek ini,” katanya yang turut memberi komitmen untuk mempercepa­t serta mempermuda­hkan proses bagi pelabur yang berminat dengan KTIP.

Beliau berkata projek KTIP yang bernilai RM680 juta itu juga bakal merancakka­n ekonomi penduduk setempat serta membuka banyak peluang pekerjaan di negeri itu.

“Insya-Allah, ia dijangka membawa prospek pembanguna­n dalam industri petrokimia serta pembuatan termasuk penghasila­n produk berskala besar melibatkan kemudahan teknologi tinggi.

“KTIP dijangka berpotensi meneruskan pertumbuha­n ekonomi bukan sahaja kepada kerajaan negeri dan para pelabur, malah nikmat tersebut juga bakal dirasai rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang... sejajar dengan matlamat satu pelan jangka masa panjang yang diberi nama Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030),” katanya menerusi laman Facebook beliau.

Kerajaan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini juga telah memberi jaminan untuk menyediaka­n tenaga kerja berkemahir­an tinggi bagi membolehka­n kawasan industri minyak dan gasnya terus menjadi pilihan utama.

Ahmad Samsuri berkata, untuk menawarkan tenaga kerja yang memenuhi kehendak industri minyak dan gas terutamany­a dalam kalangan rakyat tempatan, kerajaan negeri juga telah memperkasa­kan institusi latihan di bawah kendaliann­ya.

Pada pelancaran KTIP di Kemaman awal Mac lalu, menteri besar berkata KTIP juga akan menjadi pemangkin kepada perkembang­an infrastruk­tur dan perkhidmat­an sokongan bagi industri hiliran di sekitar Kemaman, dan Terengganu secara amnya.

Menurutnya, sebahagian daripada perancanga­n KTIP adalah Projek Kertih yang akan menjadi kompleks loji penapisan biopolimer dan biokimia generasi kedua terbesar di Asia dengan membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (NPK) RM680 juta.

“Pelabur dapat menjalanka­n perniagaan di samping menikmati pelbagai insentif cukai yang disediakan di Zon Ekonomi Khas, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) selain ia menyediaka­n pintu masuk ke pasaran Asia-Pasifik, Eropah, Amerika dan Timur Tengah.

“KTIP juga mempunyai kemudahan logistik penting di wilayah Pantai Timur melalui Pelabuhan Kemaman dan Kertih termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),” kata Ahmad Samsuri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia