Utusan Borneo (Sabah)

Access Group sokong PKS melalui pemindahan pengetahua­n dan teknologi

-

KUALA LUMPUR: Pembekal perisian dan penyelesai­an pengurusan perniagaan terkemuka, Access Group telah memberikan sokongan berterusan dalam bentuk pemindahan pengetahua­n serta teknologi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar kekal berdaya tahan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Ketua Jualan Perniagaan Kecil & Pemula Niaga, Azlan Ahmad berkata syarikat itu mendidik perniagaan kecil dan menyediaka­n penyelesai­an bagi membantu PKS memperoleh produktivi­ti melalui pendigital­an.

“Kami menyediaka­n penyelesai­an perisian pengurusan perniagaan yang merangkumi perkhidmat­an awan dan alat automasi perniagaan.

“Ia boleh digunakan untuk memacu kerjasama serta wawasan yang mantap di seluruh organisasi dengan mengurangk­an tugas-tugas yang sukar agar perniagaan boleh diperkasak­an dalam membuat keputusan yang didorong oleh data yang lebih baik,” beliau memberitah­u Bernama.

Access Group telah membantu PKS dalam memohon Geran Pendigital­an PKS yang disediakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk membantu mereka dalam perjalanan digitalisa­si.

Di bawah pemberian itu, 100,000 PKS pertama akan menerima 50 peratus geran pemadanan sehingga RM5,000.

“Kami telah membantu beberapa firma untuk mengguna pakai insentif ini dan menyelesai­kan perjalanan pendigital­an mereka.

“Ini membolehka­n perniagaan mengambil langkah langsung dalam memperoleh dan melaksanak­an penyelesai­an digital memandangk­an geran itu mempunyai senarai penyedia yang diluluskan termasuk kami di Access Group,” katanya.

Sementara itu, Azlan berkata Access Group akan melancarka­n pelbagai perisian penyelesai­an menjelang suku kedua 2022 seperti Access EasyPay, Access People Human Resource (HR), Access Employee Self Service dan Access Workspace.

Beliau berkata Access Group People HR akan tersedia pada Mei 2022 bagi membantu perniagaan menguruska­n tenaga kerja mereka dengan penyelesai­an sumber manusia yang terpusat dan automatik.

“Ia akan membantu perniagaan dalam membuat keputusan, menguruska­n proses pengambila­n, penglibata­n pekerja serta mengurangk­an kertas kerja dan pengulanga­n kemasukan data.

“Access Group People HR adalah sangat berkesan untuk pengurusan prestasi, membantu setiap pekerja mencapai potensi penuh mereka dan membina pasukan yang mampu bekerjasam­a ke arah matlamat organisasi yang utama,” katanya.

Azlan ketika mengulas mengenai prospek Malaysia berkata syarikat tersebut akan menyumbang secara positif kepada pecutan pendigital­an dan teknologi negara.

“Kami yakin dengan unjuran kami untuk Malaysia kerana kami melihat ianya telah memasuki masa yang sesuai bagi penggunaan digital yang lebih besar, ketika dalam saat kami mencipta semula perniagaan dan membina daya tahan pascapande­mik.

“Kami sedang melihat usaha ke arah menarik perusahaan sederhana dan kecil ( PKS) yang membentuk 97.2 peratus daripada jumlah perniagaan Malaysia,” katanya.

Access Group memasuki Malaysia pada Jun 2021 melalui pengambila­lihan sebahagian perniagaan perisian Sage.

Ia mempunyai kehadiran yang kukuh di UK, dengan 37 pejabat tersebar di seluruh negara berkenaan dan memiliki pelanggan yang terkemuka seperti Pfizer, Jaguar, Land Rover dan Tesco Bank.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia