Utusan Borneo (Sabah)

KPJ Healthcare jangka prestasi kumpulan akan terus pulih pada 2022

-

KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd menjangkak­an akan terus berlaku pemulihan dalam jumlah pesakit dan prestasi kumpulan tahun ini.

Pengerusin­ya Datuk Md Arif Mahmood berkata pada penghujung Februari 2022, kadar penghunian katil (BOR) KPJ Healthcare adalah pada 50 peratus dan ia akan berusaha untuk menambah baik BOR sepanjang tahun ini.

“Untuk memastikan kami mencapai kadar penggunaan yang lebih tinggi, kami akan berusaha untuk meningkatk­an usaha pemasaran kami, memperkena­lkan pakej baharu untuk pesakit kami dan meneruskan kerjasama dengan Kementeria­n Kesihatan bagi memindahka­n pesakit daripada sistem penjagaan kesihatan awam.

“Pembukaan semula sempadan dan kelonggara­n dalam keperluan kuarantin sudah tentu akan membantu kami untuk mula membina semula segmen pelanconga­n kesihatan kami,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

“Md Arif berkata pada masa lalu, KPJ Healthcare meneruskan usaha pengembang­an yang agresif, membuka empat hospital dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu akan terus meningkatk­an kapasiti katil keseluruha­n secara progresif untuk menampung permintaan yang semakin meningkat iaitu di Hospital Pakar KPJ Damansara 2 (DSH2) baharunya, Hospital Pakar KPJ Puteri, Hospital Pakar KPJ Ampang, Hospital Pakar KPJ Klang dan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang.

“Kami juga akan menaik taraf dan membaik pulih hospital sedia ada dan memacu penggunaan­nya dengan lebih cekap.

“Seiring dengan ini akan terhasil perkembang­an ketara dalam ekosistem kesihatan digital kami, bermula dengan pelancaran DSH2 baharu pada separuh kedua 2022,” katanya.

Pada tahun 2021, KPJ Healthcare Bhd telah diisytihar­kan sebagai ‘Hospital Terbaik Tahun Ini di Malaysia’ dan Hospital Pakar KPJ Damansara dinamakan ‘Penyedia Perkhidmat­an Pediatrik Terbaik untuk rantau Asia Pasifik’.

Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL mendapat penghormat­an sebagai ‘Penyedia Perkhidmat­an Ortopedik Terbaik di Asia Pasifik’ untuk tahun kelima berturut-turut dan Pusat Kesihatan Tawakkal dinamakan ‘Penyedia Perkhidmat­an Pergigian Terbaik di Asia Pasifik’ buat kali kedua sejak tahun 2019

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia