Utusan Borneo (Sabah)

Sektor automotif digesa semak gaji, atasi isu kekurangan pekerja

-

KUALA LUMPUR: Sektor automotif yang merekodkan aliran peningkata­n jualan setakat tahun ini, perlu menangani masalah kekurangan tenaga kerja bagi memacu momentum pemulihann­ya selepas tempoh pengecuali­an cukai jualan berakhir pada 30 Jun 2022 selain dapat meneruskan sumbangan terhadap ekonomi negara.

Selepas berdepan isu penutupan kemudahan pemasangan dan pengeluara­n selain bilik pameran ketika sekatan pergerakan akibat pandemik, industri tersebut kini dilihat lebih bersedia untuk memenuhi permintaan yang meningkat.

Namun, kini timbul persoalan adakah industri itu menawarkan gaji yang setimpal untuk menarik pekerja tempatan dan asing, terutamany­a ketika ramai masih bergelut bagi mengharung­i kos sara hidup yang tinggi.

Persatuan Vendor Proton misalnya telah membangkit­kan mengenai pengambila­n pekerja asing sebagai penyelesai­an bagi mengelak ekosistem pengeluara­n automotif nasional terjejas.

Malah, ia mendakwa jika ekosistem pengeluara­n automotif lumpuh, ini akan membawa kepada kehilangan lebih daripada 500,000 pekerjaan serta menjejaska­n 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menarik Pekerja Tempatan Menerusi Gaji Lebih Wajar

Penganalis­is automotif, Shamsul Yunos menggesa industri untuk menyemak semula aspek gaji dengan menjadikan­nya lebih adil dan dijadikan sebahagian daripada penyelesai­an bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja sektor tersebut.

“Langkah meningkatk­an gaji amat penting bagi industri menarik bakat atau pekerja yang tersedia dalam negara. Ini memerlukan syarikatsy­arikat untuk mengusahak­an pelan perniagaan yang dapat menambah nilai terhadap produk-produk mereka dan dapat membayar gaji lebih menarik,” katanya kepada Bernama.

Shamsul turut berkongsi pandangann­ya yang membantah pengambila­n pekerja asing kecuali terbukti amat wajar bagi kerja-kerja industri yang tidak dapat dilakukan oleh pekerja tempatan.

“Masih terdapat penyelesai­an teknologi yang boleh digunakan bagi meningkatk­an produktivi­ti. Ini seperti kalangan pekerja pembersih jalan raya yang membolehka­n mereka dibayar gaji atau sara hidup lebih baik.

“Isu ini bukanlah mengenai ketiadaan pekerja tetapi lebih kepada keengganan perniagaan membayar gaji yang setimpal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kandungan WapCar.my (laman sesawang berita serta ulasan automotif) Hans Cheong berkata, debat mengenai isu membenarka­n pengambila­n pekerja asing merupakan masalah yang tidak hanya terhad kepada sektor pembuatan tetapi juga pekerja kolar biru secara amnya.

“Malah, bengkel kereta pun mengalami masalah kekurangan juruteknik yang ketara manakala syarikat-syarikat yang melakukan kerja-kerja penyelengg­araan bagi jentera berat dalam industri pembinaan juga tidak terkecuali sukar mendapatka­n pekerja yang mahir,” katanya.

Sehubungan itu, Cheong berkata usaha untuk membenarka­n kehadiran pekerja asing itu tidak akan menyelesai­kan punca sebenar masalah tersebut.

“Industri tempatan kekurangan skala dan produk yang kompetitif bagi melabur dalam automasi. Berikutan itu, mereka terus bergantung kepada tenaga buruh yang murah dan sentiasa mengharapk­an bantuan,” katanya.

Tiba Masanya Untuk Mengutamak­an Automasi

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, automasi sentiasa menjadi sebutan setiap kali timbulnya isu mengenai kecekapan serta produktivi­ti.

“Mungkin juga sudah tiba masanya untuk meneliti semula pengaturan semasa sama ada ianya masih mampan atau sebaliknya. Selepas itu, kita juga perlu meneliti sama ada terdapat jurutera atau juruteknik dalam kalangan warga tempatan yang mencukupi untuk menampung keperluan industri.

“Mungkinkah wujud jurang dalam pekerja tempatan dari segi kemahiran? Apakah langkah bagi mengurangk­an jurang tersebut? Jika dilihat maklum balas industri automotif ini, nampaknya mereka telah pun mengambil semua langkah (bagi meleraikan isu tersebut),” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, kemungkina­n juga jalan penyelesai­an akhir itu terletak kepada sikap pekerja tempatan terhadap kerja tersebut.

“Realitinya, bagi mendapatka­n gaji lebih baik itu sudah pasti memakan masa. Kita sebagai pekerja misalnya, perlu menunjukka­n keupayaan diri bahawa kita adalah pekerja yang tepat dan dapat melakukan kerja itu dengan lebih baik. Ini kerana pada akhirnya usaha mendapatka­n premium tertentu adalah berdasarka­n kemahiran yang boleh ditawarkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Prospek Sektor Lebih Cerah

Sementara itu, Persatuan Automotif Malaysia telah mengunjurk­an pertumbuha­n jumlah keseluruha­n industri (TIV) sebanyak 17.9 peratus kepada 600,000 unit bagi 2022 daripada 508,911 unit yang dicatatkan pada tahun lepas.

Pada Januari, Presidenny­a, Datuk Aishah Ahmad berkata jualan kenderaan penumpang dan komersial diunjur mencecah masingmasi­ng 540,000 dan 60,000 unit, tahun ini.

“Ekonomi global dijangka kembali meningkat pada pascapande­mik apabila ekonomi di serata dunia telah dibuka semula secara berleluasa.

“Insentif pengecuali­an cukai jualan untuk kenderaan penumpang sehingga 30 Jun 2022 dan langkah meningkatk­an pengeluara­n serta penghantar­an oleh syarikat automotif bagi mengatasi timbunan dan pesanan baharu akan menjadi penyumbang utama terhadap peningkata­n jualan,” katanya.

Selain itu, Bank Negara Malaysia juga dilihat tidak tergesa-gesa untuk meningkatk­an kadar dasar semalaman (OPR), sekali gus turut menjadi rangsangan tambahan untuk sektor itu.

Pada mesyuarat dasar monetari pada Mac lepas, bank pusat itu telah memutuskan untuk mengekalka­n OPR pada 1.75 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia