Utusan Borneo (Sabah)

Kelonggara­n SOP Aidilfitri bawa seribu makna buat semua rakyat Malaysia

-

SUASANA Aidilfitri tahun ini membawa seribu makna buat rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam nun jauh di perantauan setelah dua tahun tidak berpeluang pulang ke kampung halaman meraikanny­a bersama keluarga.

Kelonggara­n yang diberikan oleh kerajaan tidak disia-siakan kerana anak perantau yang bekerja di kota raya sudah menempah tiket penerbanga­n balik lebih awal walaupun harganya tidak seperti kebiasaann­ya.

Bukan sahaja bandar Tawau, bahkan semua bandar di negeri Sabah dilaporkan sudah sesak seminggu sebelum Hari Raya diraikan dan kawasan tumpuan seperti pasar raya dan pasar awam paling teruk mengalami kesesakan.

Kehadiran Aidilfitri sedikit sebanyak mengembali­kan kehidupan norma lama yang bebas ke sana ke sini serta melakukan aktiviti berkumpula­n tanpa perlu syarat yang sangat ketat.

Kerinduaan terhadap kehidupan cara lama seolah-olah terubat, bahkan semua rakyat di negara ini bebas melakukan aktiviti keagamaan di rumah ibadat masing-masing.

Selama dua tahun rumah ibadat tidak berfungsi sepenuhnya akibat penularan wabak COVID-19, lebihlebih lagi apabila umat Islam mahu menyemarak­annya pada bulan suci Ramadan.

Tahun ini tidak lagi kedengaran suara-suara sumbang yang mengkritik tindakan kerajaan mengetatka­n prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak peningkata­n kes wabak.

Sebagai petugas media yang bertugas melaporkan setiap aktiviti rakyat di negeri ini dapat merasai perbezaan sambutan Aidilfitri dalam fasa awal dan pertengaha­n pandemik COVID-19 sehinggala­h ke Fasa Peralihan ke Endemik.

Bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri tahun ini adalah waktu paling sibuk semua petugas media kerana ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) memenuhi jadual harian para wartawan.

Bermula awal Ramadan, aktiviti ahli politik dan NGO dipenuhi dengan program turun padang menyantuni penduduk yang kurang berkemampu­an dan mereka yang ditimpa musibah.

Bumi Tawau tidak sunyi dengan kehadiran pemimpin sama ada di peringkat negeri mahupun persekutua­n yang turut sama berbahagi rezeki kepada rakyat terutamany­a B40 ataupun miskin tegar.

Sambutan Aidilfitri tahun ini, petugas media tidak boleh lagi duduk menghadap televisyen di rumah seperti dua tahun lalu kerana bermula 1 Syawal jemputan rumah terbuka sudah lebih awal diterima daripada pelbagai pihak.

Apapun yang dirasai oleh semua rakyat di negara kita ketika ini, jangan dilupa dengan pengorbana­n para barisan hadapan yang berjuang siang dan malam mengekang penularan wabak COVID-19.

Marilah kita bersamasam­a doakan semua petugas barisan hadapan yang gugur semasa bertugas supaya tenang di alam kekal abadi dan doakan kesejahter­aan negara supaya kekal aman serta harmoni.

Semua rakyat di negara ini juga dinasihatk­an supaya terus mengamalka­n cara hidup sihat dan menjaga SOP supaya kita boleh hidup tanpa sebarang sekatan lagi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia