Utusan Borneo (Sabah)

VAKSIN TINGKATKAN IMUNITI BADAN

Sabah rekod 26 kes baharu COVID-19 semalam, pertambaha­n tiga kes berbanding sebelumnya

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Sabah mencatatka­n 26 kes baharu dengan pertambaha­n tiga kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata jumlah jangkitan baharu yang berpunca daripada acara sambutan Aidilfitri dan Kaamatan di seluruh negeri Sabah sepanjang bulan ini diramal meningkat.

Katanya, walaupun masih terlalu awal membuat penilaian, setakat ini jumlah pertambaha­n yang direkodkan adalah pada tahap yang kecil dan terkawal.

“Ini adalah bukti kukuh bahawa pengambila­n vaksin oleh sebahagian besar rakyat sudah meningkatk­an imuniti tubuh badan mereka daripada risiko jangkitan virus,” katanya.

Beliau berkata Kota Kinabalu kembali mencatat kes harian dua angka dengan 11 kes baharu setelah merekodkan hanya empat kes.

“Tambunan yang tidak mencatat sebarang kes baharu pada hari sebelumnya juga merekodkan enam jangkitan baharu.

“Pergerakan turun naik kes harian di daerah lain adalah pada skala yang kecil dan tiada jangkitan baharu dilaporkan di 19 daerah.

“Kedudukan ini sejajar dengan fasa penstabila­n yang sedang dilalui oleh negeri ini,” katanya.

Tambahnya, 23 orang daripada 26 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua pesakit dalam Kategori 3 dan seorang pesakit dalam Kategori 4 manakala tidak ada pesakit dalam Kategori 5.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Bernama melaporkan sejumlah 873,409 atau

24.6 peratus kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanakkanak (PICKids).

Menurut laman web COVIDNOW, 1,537,190 kanak-kanak atau 43.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,894,915 individu atau 93 peratus telah melengkapk­an vaksinasi mereka manakala 2,992,659 atau 96.1 peratus menerima sekurangku­rangnya satu suntikan.

Dalam kalangan populasi dewasa pula, 16,036,713 individu atau 68.2 peratus telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,967,350 atau 97.6 peratus melengkapk­an dos kedua mereka dan 23,243,555 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.

Kelmarin, 2,151 dos vaksin diberikan terdiri daripada 438 bagi dos penggalak, 1,337 bagi dos kedua dan 376 bagi dos untuk suntikan pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjumlah 70,332,430.

Sementara itu menurut portal GitHub Kementeria­n Kesihatan, hanya tiga kematian dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatka­n dua kes manakala Perak satu kes.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia