Utusan Borneo (Sabah)

26 individu disaman termasuk enam pemandu mabuk

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Bahagian Siasatan Dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengeluark­an 26 saman sepanjang pelaksanaa­n Ops Mabuk sempena Ops Selamat 18, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata operasi diketuai Ketua BSPT IPD Kota Kinabalu Deputi Superinten­dan Jo Ak Hang dijalankan bermula jam 11.30 malam dan berakhir jam 2.30 pagi 4 Mei lalu.

“Operasi dijalankan bagi mengesan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Coastal berhampira­n sebuah pusat belibelah di sini.

“Kita juga ingin memastikan pengguna jalan raya tidak memandu semasa dipengaruh­i alkohol berikutan ia boleh membahayak­an pengguna jalan raya lain serta pemandu itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata sepanjang operasi mengesan pemandu mabuk dijalankan, lapan individu diperiksa iaitu enam lelaki dan dua wanita berumur antara 23 hingga 53 tahun.

“Kesemua pemandu ditahan dan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Hasil ujian pernafasan menggunaka­n alat EBA II (Evidential Breath Analyzer) mendapati hanya enam suspek positif alkohol di mana kandungan alkohol dalam pernafasan mereka adalah 61 hingga 146 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas masing-masing.

“Dua lagi suspek dibenarkan pulang selepas hasil pemeriksaa­n ujian Pernafasan alat EBA II menunjukka­n keputusan negatif,” katanya.

Mohd Zaidi berkata kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan pesalah boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih dari RM30,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama tempoh tidak kurang dari dua tahun.

“Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, hukuman lebih berat akan dikenakan iaitu penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun,” katanya.

Sementara itu dalam operasi sama, pihaknya turut mengeluark­an 20 keping saman PDRM(K) 257 dengan pelbagai kesalahan kepada pengguna jalan yang ingkar kepada undangunda­ng ditetapkan.

“Antara kesalahan yang dilakukan pemandu termasukla­h Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, menggunaka­n nombor kenderaan tidak dibenarkan, lampu brek tidak berfungsi, tidak mempamerka­n cukai jalan.

“Sebahagian lagi pemandu gagal menunjukka­n lesen memandu, lesen tamat tempoh, tiada lesen memandu serta tidak mempamerka­n pelekat ‘P’ pada kenderaan,” katanya.

Menurutnya, operasi itu akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengurangk­an kadar kemalangan khasnya kemalangan maut di daerah Kota Kinabalu.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatk­an supaya tidak memandu semasa mengambil alkohol kerana ia akan mendatangk­an bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain serta pemandu itu sendiri,” katanya.

 ?? ?? PERIKSA: Salah seorang pengguna jalan raya melakukan pemeriksaa­n ujian pernafasan menggunaka­n alat EBA II.
PERIKSA: Salah seorang pengguna jalan raya melakukan pemeriksaa­n ujian pernafasan menggunaka­n alat EBA II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia