Utusan Borneo (Sabah)

2,600 guru COS dijangka disambung: Radzi

Perincian mengenai berita menggembir­akan itu akan diumumkan dalam masa terdekat

-

KOTA BHARU: Nasib 2,600 guru kontrak perkhidmat­an (COS) ambilan Jun 2020 bakal terbela apabila kontrak mereka dijangka disambung selama dua tahun.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bagaimanap­un berkata, perincian mengenai berita menggembir­akan itu akan diumumkan dalam masa terdekat sejurus perbincang­an antara Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pendidikan (SPP) selesai.

“Berkaitan dengan COS kita lihat ramai bangkitkan mengenai isu ini dan ramai yang telah menyampaik­an masalah ini kepada kementeria­n.

“Oleh itu, isu ini sedang dalam proses untuk diambil tindakan sewajarnya berdasarka­n peraturan dan tatacara sedia ada. Ingin saya jelaskan kerana ada yang kata tidak dapat gaji bulan lima itu tidak benar, kerana kami akan pastikan kebajikan guru-guru terpelihar­a,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika

“Oleh itu, isu ini sedang dalam proses untuk diambil tindakan sewajarnya berdasarka­n peraturan dan tatacara sedia ada. Ingin saya jelaskan kerana ada yang kata tidak dapat gaji bulan lima itu tidak benar, kerana kami akan pastikan ” kebajikan guru-guru terpelihar­a.

ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a dekat Ketereh, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Radzi berkata pihaknya sentiasa berbincang mengenai pendekatan terbaik yang boleh dilakukan kepada guru kontrak perkhidmat­an itu.

Kelmarin, menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitter miliknya, Radzi memaklumka­n bahawa beliau telah mengarahka­n supaya isu guru COS ambilan Jun 2020 yang akan tamat kontrak pada Jun depan, diberi perhatian dan diselesaik­an segera.

Beliau berkata KPM dan SPP sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.

Dalam perkembang­an lain, Radzi berkata pihaknya akan perincikan satu persatu serta tindakan yang boleh diambil mengenai isu guru bersara awal.

“Kami sedang kaji secara mendalam dengan mengambil kira data dari tahun 2017 kerana mana-mana perkhidmat­an lain juga akan ada yang mengambil ketetapan untuk bersara awal bukan guru sahaja yang bersara awal kerana ia adalah pilihan masing-masing,” katanya.

Datuk Dr Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan

 ?? — Gambar Bernama ?? DUIT RAYA: Radzi (dua kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada sebahagian penerima pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Ketereh semalam.
— Gambar Bernama DUIT RAYA: Radzi (dua kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada sebahagian penerima pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Ketereh semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? LAYANAN MESRA: Radzi (dua kiri) melayan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Ketereh semalam.
— Gambar Bernama LAYANAN MESRA: Radzi (dua kiri) melayan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Ketereh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia