Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman menarik balik raya guna EV

-

KUALA LUMPUR: Walaupun penggunaan kenderaan elektrik (EV) untuk perjalanan jauh belum meluas di negara ini, namun beberapa penggemar kenderaan jenis itu yang memandu EV balik beraya di kampung baru-baru ini, membuktika­n ia adalah pengalaman menarik.

Seorang peminat EV, Farhan A Rahim, 45, yang memandu kenderaan jenis itu dari rumahnya di Bangi, Selangor ke kampungnya di Kuantan, Pahang untuk beraya berkata beliau tidak menghadapi sebarang masalah melakukan pemanduan jarak jauh menggunaka­n kenderaan itu.

“Ramai orang bertanya sama ada sesuai menggunaka­n EV untuk balik ke kampung dan menempuh perjalanan jauh. Saya kata ia adalah sesuai dan saya dah lakukan tanpa sebarang masalah,” katanya kepada Bernama.

Farhan, seorang jurutera yang telah memiliki EV selama hampir dua tahun berkata dia berasa selesa menggunaka­n kenderaan tersebut bukan sahaja dalam kawasan bandar tetapi juga untuk perjalanan jauh dan memandu EV balik ke kampungnya di Kampung Permatang Badak kali ini, bukanlah kali pertama.

“Mula-mula tak yakin juga sebab memang diketahui banyak cabaran untuk menggunaka­n EV secara jarak jauh seperti nak cari tempat cas kereta, takut tersangkut di trafik jem dan nak cari tempat untuk servis kereta di perjalanan dan sebagainya.

“Namun saya telah berjaya sampai ke Kuantan pada Sabtu lepas (30 April) sebelum raya tanpa sebarang masalah dan boleh dikatakan bahawa perjalanan saya ini amat lancar walaupun saya tidak menggunaka­n lebuh raya. Saya guna jalan alternatif dari Bangi dan menggunaka­n jalan Kuala Pilah ke Kuantan,” katanya.

Menurut Farhan perjalanan sejauh lebih kurang 300 kilometer (km) tersebut ditempuh selama empat jam bersama ahli keluargany­a seramai tiga orang dan mereka amat gembira menikmati pemandanga­n di sepanjang perjalanan balik ke kampung halaman.

Bagaimanap­un menurut Farhan pemilik EV sememangny­a perlu membuat perancanga­n teliti untuk perjalanan jarak jauh kerana tidak semua tempat memiliki stesen mengecas EV dan jarak perjalanan EV pula bergantung kepada cara penggunaan dan kapasiti bateri EV itu.

“Akan tetapi jimat pun jimat juga kerana kos untuk mengecas EV adalah lebih murah berbanding harga petrol dan ketika di Kuantan saya dapat cas kereta secara percuma di TJM Cars Kuantan kerana ada insentif kepada pengguna EV,” katanya.

“Insya-Allah perjalanan balik ke Bangi nanti akan lancar juga dan saya juga telah membuktika­n kepada pemilik EV yang lain bahawa perjalanan jarak jauh untuk balik ke kampung adalah tiada masalah dengan menggunaka­n EV masingmasi­ng,” katanya.

Seorang lagi pengguna EV, Amyrul Annas Rosli, 29, yang bekerja sebagai Penasihat Jualan Kenderaan berkata dia, isteri dan dua orang anaknya balik beraya di kampung di Bagan Datuk, Perak menggunaka­n EV dan tidak menghadapi sebarang masalah.

“Saya balik ke kampung pada minggu lepas dan pada ketika itu memang lebuh raya agak sesak, namun saya berjaya tiba juga di kampung halaman setelah bersesak selama lebih dari tiga jam,” katanya.

Berkongsi cabaran sama seperti Farhan, Amyrul Annas mengakui EV miliknya juga perlu dicas di stesen tertentu sahaja dan walaupun boleh mengecas kereta menggunaka­n ‘plug tiga point’ biasa di rumah namun ia akan mengambil masa yang panjang.

“Saya juga percaya masalah ini dapat diselesaik­an satu masa nanti bila lebih ramai pengguna EV di negara ini dan lebih banyak stesen untuk mengecas EV akan diadakan.

“Akan tetapi disebabkan teruja untuk membawa EV ke kampung, menyebabka­n kami tetap menggunaka­n EV tersebut. Jom kita balik ke kampung serta bahagiakan ahli keluarga di kampung dengan berkongsi pengalaman menggunaka­n EV ini dengan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia