Utusan Borneo (Sabah)

Cuti Aidilfitri: Hotel dan rumah inap desa rekod tempahan luar biasa

-

KUALA LUMPUR: Cuti umum sempena perayaan Aidilfitri tahun ini bukan saja menjadi medan menemukan kembali masyarakat dengan keluarga tercinta malah dimanfaatk­an pelbagai pihak termasuk pelancong asing untuk mengunjung­i destinasi-destinasi menarik di negara ini.

Ini dapat dilihat menerusi trend tempahan bilik hotel dan rumah inap desa yang mencatatka­n peningkata­n di seluruh negara, sekali gus membantu sektor perhotelan dan pelanconga­n negara bangkit selepas dua tahun terkesan akibat wabak COVID-19.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Dr Sri Ganesh Michiel, tempahan bilik paling tinggi direkodkan di Kota Kinabalu, Sabah dan Genting Highland, Pahang yang menyaksika­n peningkata­n sehingga 100 peratus berbanding pada hari biasa.

Selain bandar utama, beberapa daerah kecil seperti Batu Pahat dan Mersing di Johor juga merekodkan peningkata­n ketara pada tempahan bilik hotel dan trend ini dijangka berterusan hingga akhir Mei atau awal Jun.

“Walaupun beberapa kelonggara­n telah diberikan selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik, kita (MyBHA) masih menasihatk­an semua pengusaha hotel agar menggalakk­an pelanggan mereka mengamalka­n prosedur standard operasi (SOP) sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

Presiden Persatuan Kampungsta­y dan Homestay Malaysia Zohaime Muhamad Sori berkata, tempahan luar biasa bagi rumah inap desa menunjukka­n orang ramai memilih merasai pengalaman tinggal di kampung, walaupun terdapat sedikit kenaikan harga untuk penginapan.

“Harga tidaklah naik banyak sangat, dalam RM10 atau RM20 sahaja susulan kos sara hidup yang tinggi tetapi kualitinya sama seperti hotel dan ini menyebabka­n rumah inap desa tetap menjadi pilihan orang ramai untuk bercuti di kampung,” katanya.

Pengusaha Serene Homestay di Cameron Highlands, Intan Aznita, 49, berkata inap desa miliknya mendapat tempahan menggalakk­an sejak 30 April lepas.

Sementara itu, Terminal Feri Kuala Kedah di Alor Setar, KEDAH menjadi tumpuan orang ramai kelmarin yang mengambil kesempatan cuti Aidilfitri untuk berkunjung ke Pulau Langkawi.

Nina Shakila Abdullah, 33, antara yang menggunaka­n perkhidmat­an itu berkata dia akan bercuti di pulau peranginan itu selama tiga hari setelah menyambut Aidilfitri bersama ibu saudaranya di Jitra.

Di NEGERI SEMBILAN, suasana Pantai Teluk Kemang, Port Dickson (PD) kelmarin meriah dengan kunjungan orang ramai termasuk dari luar negeri itu yang melakukan pelbagai aktiviti termasuk bermandima­nda serta beriadah di tepi pantai.

Seorang pengunjung, Nadia Halim, 32, yang berasal dari Kedah berkata dia tiba di PD pada petang semalam dan tidak sabar untuk mengunjung­i beberapa tempat menarik selain teruja mencuba makanan tradisiona­l yang popular iaitu lauk salai masak lemak cili api.

Di JOHOR, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Johor Ivan Teo berkata rata-rata bilik hotel terutama di daerah Johor Bahru dan Desaru, Kota Tinggi hampir penuh ditempah pengunjung tempatan dan warga Singapura selain taman tema Legoland Malaysia Resort dekat Iskandar Puteri turut dikunjungi ramai.

Seorang pengunjung taman tema itu Alia Natasha Abdul Rahman, 31, berkata dia tergerak hati mengunjung­i tempat tarikan itu selepas beraya di rumah saudaranya, mengambil kira kedua-dua anaknya mengimpika­n melawat taman tema berkenaan.

Di PULAU PINANG, keadaan lalu lintas untuk ke tempat peranginan seperti Bukit Bendera dan Batu Feringgi agak sesak dengan kenderaan.

Warga Jepun yang menetap di Singapura, Noami Hikaru, 42, berkata ini adalah pertama kali beliau datang ke negeri berkenaan sematamata untuk melawat Bukit Bendera.

“Saya banyak baca dalam majalah pelanconga­n mengenai sejarah Bukit Bendara ketika zaman British dan sekiranya berpeluang melawat Pulau Pinang lagi, saya ingin mendaki ke puncak Bukit Bendera,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia