Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa banjir kilat di Pontian terus meningkat

-

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir kilat di daerah Pontian terus meningkat kepada 168 individu daripada 31 keluarga dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi kenyataan memaklumka­n PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian menempatka­n 117 individu daripada 20 keluarga, manakala 32 individu daripada tujuh keluarga di SK Seri Bukit Panjang.

Menurutnya PPS pertama dibuka di SK Melayu Raya menempatka­n 19 individu daripada empat keluarga dengan keseluruha­n tiga kampung terjejas setakat ini, iaitu Kampung (Kg) Seri

Segambut, Kg Jasa Sepakat dan Kg Bukit Panjang.

“Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat yang berterusan semalam kira-kira jam 5.30 pagi menyebabka­n beberapa rumah di Pontian dinaiki air,” katanya.

Sekretaria­t JPBD Mersing menerusi kenyataan sama, turut memaklumka­n satu PPS iaitu di Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang dibuka pada jam 7.30 malam kelmarin bagi menempatka­n 31 individu daripada dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran.

Menurutnya kebakaran yang memusnahka­n dua rumah itu berlaku di Kampung Gajah Mati, Gersik.

Seentara itu, dalam kenyataan berasingan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata kebakaran tersebut mengakibat­kan sebuah rumah musnah 95 peratus, manakala sebuah lagi rumah musnah 60 peratus.

Beliau berkata panggilan kecemasan kebakaran rumah diterima pada jam 4.53 petang kelmarin dan susulan itu, 13 anggota dibantu BBP Endau dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 7.39 malam kelmarin.

 ?? — Gambar Bernama ?? BANJIR MELANDA: Keadaan rumah di Kampung Sri Gambut, Pontian yang dinaiki air susulan hujan lebat lebih dua jam bermula jam 3.30 pagi ketika tinjauan semalam.
— Gambar Bernama BANJIR MELANDA: Keadaan rumah di Kampung Sri Gambut, Pontian yang dinaiki air susulan hujan lebat lebih dua jam bermula jam 3.30 pagi ketika tinjauan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia