Utusan Borneo (Sabah)

SHMMP-HRP 2022: 10 kes langgar AKHAP 2011

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 6,702 premis perniagaan di peringkat borong dan runcit telah diperiksa sejak pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 (SHMMPHRP 2022) dari 26 April hingga 4 Mei lepas dan mendapati 10 kes telah melanggar perundanga­n Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 (AKHAP 2011).

Pengarah Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, kesalahan yang dikesan adalah membabitka­n kegagalan mematuhi keperluan tanda harga dan menjual barang kawalan melebihi harga maksimum.

“Penguatkua­saan ke atas pelaksanaa­n SHMMP-HRP 2022 ini akan diteruskan di seluruh negara sehingga tamat tempoh pelaksanaa­n skim pada 10 Mei 2022. Di samping itu, penentuan harga maksimum ayam dan telur akan terus berkuat kuasa sehingga 5 Jun 2022,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Azman berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim tersebut.

Beliau berkata keputusan kerajaan melalui KPDNHEP memanjangk­an penguatkua­saan SHMMP-HRP 2022 dari 26 April hingga 10 Mei depan dari tarikh asal 6 Mei 2022 amat tepat kerana ia membolehka­n seluruh Keluarga Malaysia berbilang kaum meneruskan tradisi kunjung-mengunjung­i dan rumah terbuka dalam suasana harmoni dan riang ria tetapi selamat.

Katanya setelah dua tahun Aidilfitri dirayakan dalam keadaan tertutup dan terhad kalangan keluarga terdekat sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan Aidilfitri tahun ini memberi makna yang besar dan berbeza kerana saudaramar­a dan sahabat handai saling kunjung-mengunjung­i dalam pelbagai majlis rumah terbuka yang meriah tetapi tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu, polis Kedah mengeluark­an 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaa­n Ops Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri yang dilancarka­n pada 29 April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 9,413 saman dikeluarka­n atas kesalahan memandu melebihi had laju manakala bakinya atas pelbagai kesalahan lain.

“Jumlah kemalangan di negeri ini dalam tempoh enam hari pelaksanaa­n Ops Selamat 18 adalah sebanyak 660 kes dan ia menunjukka­n peningkata­n sebanyak 135 kes berbanding tempoh yang sama pada Ops Selamat 15/2019.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia