Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk miskin terus disantuni sempena Ramadan dan Aidilfitri

-

TAMPARULI: Penduduk berstatus miskin dan miskin tegar di Tamparuli, Kiulu dan Kundasang menarik nafas lega apabila Program I Care For You: Ziarah Kasih Ramadan anjuran ICU JPN dengan kerjasama PruBSN dan TNB hadir menyantuni mereka.

Pengarah Pejabat Pembanguna­n Negeri Sabah (PPN Sabah), Samsul Dollah berkata, objektif utama program ialah ingin menyemai semangat mahu membantu golongan memerlukan kapada syarikat korporat, agensi kerajaan, NGO serta orang perseorang­an.

Katanya, PPN Sabah bersama penyumbang telah menyantuni 90 Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai paras pendapatan di bawah Garis Kemiskinan Tahun 2019 (PGK2019) iaitu RM590 per-kapita, dengan memberikan bantuan bakul makanan bernilai RM50 dan wang tunai RM250.

“Penghantar­an bantuan ini dilaksanak­an secara lawatan rumah ke rumah oleh tiga kumpulan yang dibahagika­n mengikut kawasan. Kumpulan 1, diketuai oleh saya sendiri, Kumpulan 2 diketuai oleh Mohd Hamdani Sahari dan Kumpulan 3 pula oleh Suraini Mohd Talip.

“Lawatan ke kawasan tersebut diiringi oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat N14, Tamparuli, Madin Anak; Wakil UPPM N15 Kiuli, Golubi Guntarik serta ketua-ketua kampung dan JPKK di setiap kampung terlibat selain kakitangan Seksyen Kesejahter­aan Rakyan, PPN Sabah,” katanya.

Samsul berkata demikian semasa program I Care For You: Ziarah Kasih Ramadan sejurus sebelum membuat kunjungan ke rumah penerima sumbangan di Tamparuli.

Turut bersama dalam program ialah Timbalan Pengarah PPN Sabah, Mohd Hamdani Sahari; Ketua Seksyen Kesejahter­aan Rakyat PPN Sabah, Suraini Mohd

Talip, Timbalan Pengerusi Puspanita Kecil PPN Sabah, Ritni Cashelda Mansor; Pengurus Cawangan BMMB Kota Kinabalu, Albert Goliling dan Pengarah Perniagaan BMMB Wilayah Malaysia Timur, Wahab Haji Taif.

Ujar Samsul, BMMB adalah antara badan korporat yang telah lama berkolabor­atif dengan ICU JPN semenjak 2019 selain PruBSN dan TNB dalam melaksanak­an program CSR (Tanggungja­wab Sosial Komuniti) kepada golongan miskin dan miskin tegar di hampir serata daerah di Sabah.

“PPN Sabah mengalu-alukan sumbangan atau program kolaborati­f bersama daripada orang ramai termasuk NGO, syarikat korporat dan sebagainya. Sumbangan tidak semestinya berbentuk tunai, tetapi juga boleh berbentuk barangan runcit.

“Selain itu material perubatan seperti kerusi roda, tabung oksigen, katil pesakit boleh laras dan sebagainya juga boleh disalurkan. Jika ada pihak yang berminat menyumbang, bolehlah menghubung­i Suraini Mohd Talip di talian 088-484820 atau emel suraini@sbh.icu.gov. my,” jelasnya.

Sementara itu, seorang KIR yang menerima sumbangan, Abdauh bin Mahid, melahirkan ucapan syukur atas sumbangan disalurkan kepadanya oleh pihak PPN Sabah serta BMMB, PruBSN dan TNB yang sudi mengunjung­i keluargany­a.

“Ini adalah rahmat Allah yang tak terhingga. Pada saat-saat menjelang Aidilfitri di mana saya dan keluarga memikirkan bagaimana menyambut hari besar itu dalam suasana serba kekurangan, pihak PPN Sabah rakan kolaborati­fnya menyantuni kami. Terima kasih banyakbany­ak,” ucapnya terharu.

 ?? ?? PENERIMA SUMBANGAN: Sebahagian penerima sumbangan yang dikunjungi oleh PPN Sabah dan rakan kolaborati­fnya pada program itu.
PENERIMA SUMBANGAN: Sebahagian penerima sumbangan yang dikunjungi oleh PPN Sabah dan rakan kolaborati­fnya pada program itu.
 ?? ?? BERSAMA IBU: Muhammad Syahiruddi­n Abdauh (5 tahun) bersama ibunya.
BERSAMA IBU: Muhammad Syahiruddi­n Abdauh (5 tahun) bersama ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia