Utusan Borneo (Sabah)

Ras Adiba cadang Malaysia menyerahka­n laporan awal berkaitan CRPD kepada PBB

-

KUALA LUMPUR: Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi mencadangk­an agar Malaysia memenuhi kewajipan antarabang­sanya untuk menyerahka­n laporan awal sebagai Negara Pihak dalam Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) kepada Jawatankua­sa Hak Orang Kurang Upaya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ras Adiba dalam kenyataan semalam juga mencadangk­an kepada kerajaan Malaysia agar mengambil usaha dan inisiatif untuk menandatan­gani Perjanjian Marrakesh bagi memudahkan akses kepada karya terbitan serta cetakan untuk OKU buta.

Katanya ini bagi memastikan penyampaia­n maklumat dan mutu perkhidmat­an yang tinggi disediakan buat kategori OKU penglihata­n.

Dua cadangan berkenaan adalah antara empat cadangan dikemukaka­n Ras Adiba semasa kunjungan hormatnya kepada Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York Datuk Syed Mohamad Hasrin Aidid.

Ras Adiba juga mencadangk­an agar kerajaan Malaysia menarik balik tempahan kepada CRPD, Artikel 15 mengenai ‘Kebebasan daripada penyeksaan atau layanan atau hukuman yang kejam, tidak berperikem­anusiaan atau merendahka­n martabat’ dan Artikel 18 mengenai ‘Kebebasan pergerakan dan kewarganeg­araan’ yang pernah ditandatan­ganinya.

Cadangan lain Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam kunjungann­ya itu adalah supaya kerajaan Malaysia menandatan­gani dan mengesahka­n Protokol kepada CRPD.

Sementara itu, Ras Adiba menyeru agar Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyegerak­an proses bagi penyerahan laporan berkaitan CRPD secepat mungkin kerana sudah lebih 10 tahun Malaysia tidak menghantar laporan kepada PBB. “Perkara ini harus disegeraka­n sejajar dengan Malaysia telah diberi kepercayaa­n melalui pelantikan­nya sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) bagi penggal 2022-2024.

“Tiga prinsip utama pendekatan hak asasi manusia, iaitu maruah, kesamaan dan inklusif penting dilaksanak­an kerana mampu mengurangk­an persepsi negatif dan diskrimina­si masyarakat terhadap golongan OKU,” katanya.

Menurut Ras Adiba, beliau juga berbincang dengan Syed Mohamad Hasrin mengenai akses pendidikan terutamany­a biasiswa PBB kepada OKU bagi memastikan golongan tersebut tidak tercicir dalam mendapatka­n peluang untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Perwakilan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York turut memberi jaminan dan sokongan agar isu-isu berkaitan Orang Kurang Upaya akan sentiasa diberikan perhatian serius dan tumpuan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia