Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Peguam akan adakan EGM berhubung dakwaan ugutan terhadap kehakiman

-

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membincang­kan isu berhubung dakwaan ugutan terhadap kehakiman baru-baru ini, kata Presidenny­a Karen Cheah Yee Lynn.

Bagaimanap­un beliau berkata butiran penuh mengenai EGM itu akan dimuktamad­kan selepas Aidilfitri dan notis EGM berkanun yang diperlukan akan dikeluarka­n kepada semua ahli Majlis Peguam selewat-lewatnya semalam (5 Mei).

“Kami berharap dapat melihat kehadiran ahli Majlis Peguam di seluruh negara termasuk presiden kami yang lepas untuk menyatakan pendapat mereka mengenai isu ini dan untuk mengundi mengenai usul yang penting bagi masa depan badan kehakiman kita sebagai institusi yang sangat diperlukan dan penting,” kata Cheah dalam kenyataan.

Cheah selanjutny­a berkata Majlis Peguam juga mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar pada Jumaat lepas untuk menangani isu dakwaan ugutan (intimidasi) terhadap kehakiman dan secara kolektif memutuskan EGM akan diadakan segera di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 untuk menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“EGM akan datang akan membincang­kan kemungkina­n pilihan yang ada bagi Badan Peguam Malaysia serta untuk meneliti dan membahaska­n usul-usul yang dibentangk­an oleh Majlis Peguam, serta apa-apa usul lain yang mungkin kami terima tujuh hari sebelum EGM oleh ahli Majlis Peguam,” katanya.

Pada 27 April, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika berucap pada majlis angkat sumpah 17 pesuruhjay­a kehakiman yang disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, berkata tuduhan tidak berasas yang dilemparka­n terhadap hakim serta badan kehakiman kebelakang­an ini agak keterlalua­n.

Beliau berkata walaupun rakyat termasuk ahli politik bebas mengkritik badan kehakiman pada tahap tertentu, tidak bermakna mereka boleh melakukan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu demi kepentinga­n sendiri. Baru-baru ini, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mendengar kes Datuk Seri Najib Razak dan mensabitka­n bekas Perdana Menteri itu dengan pertuduhan berkaitan penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd, telah membuat laporan polis berhubung artikel berita mendakwa beliau telah disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Kenyataan yang dikeluarka­n oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n pada 21 April lepas memaklumka­n bahawa Mohd Nazlan menafikan dakwaan palsu, tidak berasas dan berniat jahat itu yang bertujuan menjejaska­n kredibilit­i beliau sebagai seorang hakim serta mengganggu pentadbira­n keadilan jenayah dan badan kehakiman.

Badan kehakiman turut membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud konspirasi antara Tengku Maimun dan pemimpin politik untuk mempercepa­t perbicaraa­n serta hukuman terhadap Najib dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia