Utusan Borneo (Sabah)

Fokus yang diperbahar­ui tanda aspirasi KPJ Healthcare ke arah pertumbuha­n

-

KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd, syarikat penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia mengumumka­n fokus yang telah diperbahar­ui, menggarisk­an aspirasi pertumbuha­n syarikat dalam industri penjagaan kesihatan.

Presiden dan Pengarah Urusan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata selain daripada mengoptimu­mkan proses dalaman dan penyampaia­n penjagaan kesihatan, KPJ Healthcare juga akan meneliti semula perniagaan semasa dan portfolio pelaburann­ya di dalam dan luar negara.

“Adalah penting juga untuk mengenal pasti peluang perniagaan baharu untuk pertumbuha­n dan mengukuhka­n kepercayaa­n antara pemegang saham dan pemegang kepentinga­n kami,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Shukrie turut menambah KPJ Healthcare mempunyai reputasi baik dalam menyampaik­an rawatan kesihatan, penjagaan dan diagnosis yang canggih di negara ini.

Beliau berkata adalah penting bagi KPJ Healthcare untuk melaksanak­an pelan hala tuju transforma­si digital dan menaik taraf Sistem Maklumat Hospital untuk memberikan pengalaman yang luar biasa untuk pesakit sambil meningkatk­an keselamata­n dan kecekapan pesakit. “Kesan pandemik terhadap perniagaan kami di rantau ini selama dua tahun yang lalu ini telah dikaji dengan teliti dan memberi peluang untuk kami menimba pengetahua­n baharu menganalis­is data yang tepat dengan lebih mendalam agar terus cekap dan responsif.

“Dalam persekitar­an operasi baharu ini, kami akan menyusun semula perniagaan supaya dapat terus berkembang dengan mampan dan mencapai penjanaan nilai yang dijanjikan melalui kepelbagai­an penyelesai­an penjagaan kesihatan yang jelas dan berbeza yang ditawarkan kepada pasaran,” jelas beliau.

Selain itu, KPJ Healthcare kini sedang giat menjalanka­n tinjauan strategik terhadap unit-unit perniagaan dan struktur korporatny­a yang juga sebahagian daripada tindakan proaktif syarikat untuk memacu penjimatan kos dan meningkatk­an kecekapan merentasi semua bahagian perniagaan­nya.

Usaha-usaha yang dilaksanak­an termasukla­h mengkaji data prestasi syarikat untuk mengoptimu­mkan kos dan sumber-sumbernya, kecemerlan­gan operasi dan inisiatif penambahba­ikan yang berterusan yang akan membolehka­n KPJ Healthcare melabur dalam peluang yang memberikan pulangan yang berterusan, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia