Utusan Borneo (Sabah)

Fasa endemik beri peluang rakyat semarakkan semangat perpaduan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berharap peralihan ke fasa endemik dapat menyemarak­kan lagi nilai serta semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang anutan dan kaum.

Jelas beliau, nilai-nilai serta semangat yang ada pada rakyat di negeri ini tidak pernah pudar malah katanya, akan terus disemarakk­an lagi walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran akibat pandemik yang melanda seluruh negara.

Malah tambahnya, semangat kesatuan dapat dilihat apabila negara ditimpa musibah pandemik dan ramai rakyat tampil membantu sama-sama bagi memastikan tidak ada rakyat disisihkan, selain untuk membantu meringanka­n beban mereka yang terkesan.

“Dan apabila kerajaan memberikan kelonggara­n untuk rakyat meraikan perayaan Aidilfitri tahun ini, nilai-nilai serta semangat perpaduan itu terus dibawa ke hadapan demi mengukuhka­n lagi kesatuan yang sedia terjalin di antara masyarakat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo di rumah terbuka

Ketua Biro Agama DUN Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik di Taman Fajar dekat sini.

Selain menghadiri rumah terbuka Yazid, Robert turut berkunjung ke rumah Eddy Kasih di Kg Binaong; rumah Hairin Suhaili di Kg Kirokot; rumah Haini Karni di Kg Pamalan seterusnya menghadiri Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri KRT Kg Riting Apin-Apin.

Mengulas lanjut, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sudah tentu rakyat ingin ‘mengubati rindu’ terhadap ahli keluarga dan sahabat karib dengan kunjung mengunjung, ia pastinya ianya dapat memperkuku­hkan lagi ikatan silaturahi­m.

Beliau berharap, apa jua situasi yang melanda, hubungan silaturahi­m di antara masyarakat di negeri ini akan terus subur malah kekal selama-lamanya, selain diteruskan lagi oleh generasi akan datang.

Menurutnya, ianya penting bagi memastikan Sabah terus kekal harmoni sekali gus memastikan kestabilan berpanjang­an yang sudah tentu diyakini akan memberi impak positif kepada pembanguna­n negeri.

 ?? ?? ALBUM: Robert (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Haji Yazid.
ALBUM: Robert (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Haji Yazid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia