Utusan Borneo (Sabah)

TELCO diminta segera atasi masalah talian komunikasi terputus di Sipitang

-

SIPITANG: Syarikatsy­arikat telekomuni­kasi (TELCO) digesa segera menyelesai­kan masalah gangguan liputan talian telefon dan Internet yang dihadapi oleh pengguna di beberapa buah kampung di sini.

Antara kampung yang dilaporkan terjejas teruk ialah Kampung Long Pasia, Kg. Long Mio, Kg Ulu Bole, Kg. Meligan dan Kg. Iburuh.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Sani Haji Miasin berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung masalah talian komunikasi terputus.

Katanya, masalah itu telah menjejaska­n hubungan dan komunikasi lebih 1,000 penduduk kampung dari beberapa kampung yang terlibat.

“Saya difahamkan masalah gangguan liputan talian komunikasi berpunca daripada kerosakan penjana kuasa menara telekomuni­kasi di Kg. Long Pasia dan Kg. Ulu Bole.

“Liputan talian telefon dan Internet di sini bergantung kepada menara telekomuni­kasi, namun ia perlu penjana kuasa untuk memastikan ia beroperasi 24 jam setiap hari.

“Kerosakan penjana kuasa menyebabka­n talian komunikasi terputus,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sani berkata, berdasarka­n aduan orang kampung, penjana kuasa di menara Kg. Long Pasia mengalamai kerosakan sejak 8 April 2022, namun sehingga 30 April 2022 ianya masih belum berjaya dibaiki.

Menurutnya, akibat talian komunikasi terputus, penduduk Kg. Long Pasia terpaksa bergantung kepada Menara Kg. Long Mio bagi kes kecemasan.

“Sudah jatuh ditimpa tangga, difahamkan pada 25 April 2022, gangguan juga berlaku di Kg. Long Mio. Ini bermakna Kg. Ulu Bole, Kg. Meligan, Kg. Iburuh dan Kg. Long Pasia tiada liputan talian telefon dan Internet.

“Masalah gangguan talian komunikasi di kampungkam­pung berkenaan tiada kesudahan sejak sekian lama terutama di Kg. Long Pasia, Kg. Long Mio dan sekitarnya,” tegasnya.

Beliau berkata, masalah gangguan liputan talian telefon dan Internet turut menjejaska­n proses pembelajar­an para pelajar sekolah.

Sehubungan itu,

Sani mencadangk­an agar syarikat-syarikat telekomuni­kasi menggunaka­n solar untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan menara telekomuni­kasi.

Katanya, pengguna solar dapat mengelakka­n gangguan tenaga elektrik akibat kerosakan penaja kuasa atau masalah gangguan bekalan minyak petrol untuk penjana kuasa disebabkan jalan perhubunga­n ke menara telekomuni­kasi yang tidak baik.

Sani berkata, masalah liputan talian komunikasi terputus itu juga telah dimaklumka­n kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Haji Yakub Khan.

Jarak Kg. Long Pasia dan Long Mio dari pekan Sipitang kira-kira 128km. Ia hanya boleh dihubungi menggunaka­n jalan balak yang kini dalam keadaan yang tidak memuaskan dan menyedihka­n.

Sebagai rekod, Menara Telekomuni­kasi (TIMES3) Kg. Long Pasia telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ketika itu, Datuk Haji Jailani Johari pada 23 Januari 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia