Utusan Borneo (Sabah)

Agong, Presiden Turki gembira hubungan dua hala kukuh

-

KUALA LUMPUR: Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menzahirka­n kegembiraa­n atas hubungan dua hala yang terjalin kukuh antara Malaysia dan Turki dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdaganga­n.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, kegembiraa­n itu dikongsi kedua-dua pemimpin dalam perbualan telefon selama 20 minit yang bermula pada jam 5 petang itu.

Mengikut hantaran itu, AlSultan Abdullah berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Erdogan di Istana Negara kelmarin.

Seri Paduka juga telah menyampaik­an persetujua­n untuk berangkat melakukan Lawatan Negara ke Turki pada suku ketiga tahun ini.

Seri Paduka dan Erdogan pada masa yang sama turut bertukar ucapan selamat menyambut Aidilfitri.

“Seri Paduka Baginda, bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, turut menzahirka­n ucapan kepada Puan Yang Terutama Emine Erdogan, isteri kepada Presiden Republik Turki,” menurut hantaran itu.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirka­n ucapan tahniah kepada Erdogan atas pembukaan Masjid Besar

Hagia Sophia di Istanbul untuk ibadah solat sunat tarawih buat pertama kali dalam tempoh 88 tahun bermula pada 1 April lepas dan menyifatka­nnya sebagai detik bersejarah kepada penganut agama Islam di Turki dan seluruh dunia. Terdahulu, Seri Paduka turut berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan bertukar ucapan selamat menyambut Aidilfitri termasuk kepada ahli keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia