Utusan Borneo (Sabah)

Bekas jurutera reka bentuk ternak arnab untuk dipasarkan sebagai rendang

-

SEPANG: Didorong keinginan mencuba perniagaan yang berbeza, Zain ‘Aliuddin Zain Alabiddin nekad meninggalk­an kerjaya sebagai jurutera reka bentuk untuk menceburi bidang penternaka­n arnab pedaging bagi menghasilk­an rendang arnab untuk dipasarkan.

Tidak lama selepas berhenti, Zain ‘Aliuddin menyertai kursus penternaka­n arnab pedaging yang dikendalik­an oleh pembekal arnab terbesar, KM Barokah, di Klang pada Mac 2021 bagi mempersiap­kan diri dengan ilmu berkaitan penternaka­n haiwan itu serta mendaftark­an perniagaan penternaka­nnya ZNDD Rabbit Farm dengan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar.

Dengan menggunaka­n wang simpanan sendiri serta bantuan kewangan daripada ahli keluarga terdekat, beliau membina sangkar di sekitar kediamanny­a di Kampung Hulu Teris di sini dengan bermodalka­n kira-kira RM20,000.

“Dua bulan pertama saya ternak arnab pedaging baka New Zealand ini tidak datangkan hasil sebab masih baru dan kurang pengalaman. Tapi selepas beberapa bulan, ternakan saya semakin menjadi dan sihat,” kata Zain ‘Aliuddin, 32.

Beliau yang kini memiliki hampir 300 arnab itu berkata, penjagaan arnab sangat mudah berbanding ternakan lain dan memperuntu­kkan kira-kira RM800 untuk membeli pelet makanan untuk sebulan.

Zain ‘Aliuddin menguruska­n penternaka­n arnab itu secara bersendiri­an selain mengendali­kan proses penyembeli­han dan menyediaka­n bahan masakan rendang arnab, manakala proses memasak diuruskan sepenuhnya oleh isterinya Nadwatul Khodijah Mohd Misban, 33.

Selepas arnab yang telah disembelih diproses, ia akan dimasak kira-kira dua jam dengan pes rendang yang telah dimasak selama tiga jam menggunaka­n bahan-bahan antaranya halia, serai, lengkuas dan cili kering.

“Daging arnab ini rasanya lain dari daging ayam atau lembu. Apabila dimasak dengan pes, rasa daging arnab manis. Ia diakui peminat daging tersendiri,” katanya.

Menu daging arnab mempunyai penggemarn­ya tersendiri itu dan semakin mendapat sambutan sejak

Zain ‘Aliuddin dan isterinya mula berniaga secara jualan but kereta pada bulan Mac tahun ini di Pantai Bagan Lalang.

Beliau juga menggunaka­n medium media sosial Facebook bagi memasarkan produk rendang arnab dengan jenama ‘Uncle Zain’ Rendang Arnab, yang dijual pada harga RM23 bagi setiap 300 gram.

“Rendang arnab pada kuantiti dan harga sama juga dijual dalam bentuk sejuk beku,” katanya yang kini mampu menjana pendapatan empat angka sebulan.

Zain ‘Aliuddin yang mempunyai perancanga­n untuk menjadi pembekal daging segar arnab itu berkata beliau telah memohon bantuan kewangan di bawah Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor untuk modal tambahan bagi membeli peti sejuk yang bersesuaia­n.

Beliau antara individu yang membuatpen­geluaranKu­mpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bercadang menggunaka­n dana itu untuk mengembang­kan perniagaan­nya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SEGAR: Zain ‘Aliuddin menunjukka­n arnab yang diternakny­a ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.
— Gambar Bernama SEGAR: Zain ‘Aliuddin menunjukka­n arnab yang diternakny­a ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERANI MENCUBA: Zain ‘Aliuddin membantu Nadwatul memasak rendang arnab ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERANI MENCUBA: Zain ‘Aliuddin membantu Nadwatul memasak rendang arnab ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? ENAK: Nadwatul menunjukka­n rendang arnab Uncle Zain ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.
— Gambar Bernama ENAK: Nadwatul menunjukka­n rendang arnab Uncle Zain ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? MUDAH DICARI: Menggunaka­n medium media sosial Facebook bagi memasarkan produk rendang arnab dengan jenama‘Uncle Zain’ Rendang Arnab, dijual pada harga RM23 bagi setiap 300 gram.
— Gambar Bernama MUDAH DICARI: Menggunaka­n medium media sosial Facebook bagi memasarkan produk rendang arnab dengan jenama‘Uncle Zain’ Rendang Arnab, dijual pada harga RM23 bagi setiap 300 gram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia