Utusan Borneo (Sabah)

Polis P. Pinang keluarkan 9,685 saman dalam Ops Selamat 18

-

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengeluark­an sebanyak 9,685 saman dalam tempoh tujuh hari pelaksanaa­n Ops Selamat 18 sempena Aidilfitri yang dilancarka­n pada 29 April lepas dengan 803 kemalangan direkodkan sepanjang tempoh itu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik Pulau Pinang Supt Zafri Zokapli berkata kesalahan utama merekodkan jumlah paling tinggi saman membabitka­n kesalahan memandu di lorong kecemasan, memandu dengan laju, memotong di garisan berkembar dan memandu sambil menggunaka­n telefon bimbit.

“Daripada 803 kemalangan yang dicatatkan di Pulau Pinang, sebanyak lapan kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh tersebut. Setakat ini, anggaran kenderaan masuk ke negeri ini sejak Jumaat lepas ialah 2.3 juta,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zafri berkata secara keseluruha­n, aliran trafik di semua laluan di negeri itu masih lagi berjalan lancar dan terkawal walaupun terdapat pertambaha­n jumlah kenderaan terutama di kawasan pusat bandar George Town.

Beliau berkata bermula di Plaza Tol tol Juru menghala tol Sungai Dua di Lebuh Raya Utara Selatan di kedua-dua arah berlaku kesesakan serta kenderaan padat berikutan orang ramai mula pulang ke rumah masing-masing kerana akan kembali bekerja selepas cuti Aidilfitri.

“Orang ramai diminta terus mematuhi peraturan jalan raya dan tidak memotong barisan atau menggunaka­n laluan kecemasan kerana pasukan trafik sentiasa membuat pemantauan serta pemeriksaa­n secara berkala di kawasan lebuh raya dan jalan raya di sekitar Pulau Pinang,” katanya.

Sebelum ini, polis Pulau Pinang menjangkak­an jumlah kenderaan yang melalui Pulau Pinang untuk menuju kawasan utara meningkat hingga 3.6 juta ketika orang ramai pulang ke kampung menjelang sambutan Hari Raya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata selain itu, pihak polis juga menjangka kira-kira 1 juta kenderaan akan memasuki Pulau Pinang bukan sahaja untuk sambutan Aidilfitri malah melancong berikutan cuti panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia