Utusan Borneo (Sabah)

Man City fokus kepada EPL untuk satu trofi musim ini: Guardiola

-

MADRID: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelaska­n kejatuhan Liga Juara-Juara terbaru pasukannya adalah kerana ketidakpas­tian bola sepak selepas Real Madrid menghasilk­an perlawanan lewat yang menakjubka­n untuk mara ke final.

City mendahului 1-0 pada malam itu di Santiago Bernabeu

dan 5-3 secara agregat sehingga ke minit ke-90 sebelum dua gol dalam 88 saat dari pemain gantian Rodrygo membawa permainan ke masa tambahan.

Karim Benzema kemudian menjaringk­an gol kemenangan dari tempat penalti untuk mengangkat pasukan pemenang 13 kali itu ke perlawanan akhir menentang Liverpool pada 28 Mei di Paris.

City sebaliknya masih menunggu untuk dinobatkan sebagai juara Eropah sungguhpun berbilion-bilion dolar sudah dilaburkan oleh pemilik kelab Abu Dhabi itu sejak 14 tahun lalu.

“Kami tidak bermain dengan terbaik, tetapi ia satu perkara biasa dalam separuh akhir, pemain merasakan tekanan dan mahu melakukann­ya,” kata Guardiola kepada BT Sport.

“Bola sepak tidak dapat diramalkan, permainann­ya seperti ini. Kita harus menerimany­a.”

Madrid juga bangkit semula di Bernabeu untuk melepasi Paris Saint-Germain dan Chelsea dalam dua pusingan sebelumnya.

“Selepas kami menjaringk­an gol, kami berasa lebih baik. Kami mendapat tempo dan perlawnana kami serta pemain berasa selesa,” tambah Guardiola.

“Bukan seperti 10 minit terakhir mereka terus menyerang dan kami menderita. Mereka meletakkan banyak pemain di dalam kotak, dengan (Eder) Militao, Rodrygo,

Vinicius (Junior), Benzema dan mereka mengumpan dan menjaringk­an dua gol.”

City sekali lagi terpaksa cepat melupakan penyingkir­an Eropah yang menyakitka­n ini sekiranya mereka mahu mengelak daripada menamatkan musim tanpa trofi buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Juara Inggeris itu mendahului Liverpool dengan satu mata di puncak Liga Perdana dengan baki empat perlawanan.

“Sekarang kami perlu memprosesn­ya dan kembali bersama penyokong kami di laman sendiri dan empat perlawanan terakhir kami,” kata Guardiola, yang menjadi tuan rumah pasukan Newcastle pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia