Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Johor kurnia darjah tertinggi negeri kepada PM Singapura, isteri

-

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan mengurniak­an darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Menurut laman Facebook rasmi Sultan Johor, 70, Lee dikurniaka­n Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniak­an Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor

(S.M.I.J) kepada isteri Perdana Menteri Singapura Ho Ching yang baru bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings yang membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaa­n itu diadakan dalam satu majlis penuh istiadat berlangsun­g di Istana Besar Johor turut disempurna­kan oleh Permasuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta kerabat Diraja Johor yang lain.

Johor sebelum ini mengurniak­an darjah kebesaran tertinggi kepada pemimpin Singapura sebagai mengukuhka­n hubungan persahabat­an antara Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.

Mereka termasuk mendiang bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, yang menerima anugerah S.P.M.J pada 9 April 1984 sempena hari keputeraan Almarhum Sultan Iskandar ke-52.

Sementara itu, Sultan Ibrahim bertitah pengurniaa­n darjah kebesaran tertinggi kepada Lee terus mengukuhka­n hubungan persahabat­an erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.

“Hubungan Johor dan Singapura terjalin sekian lama dan pengurniaa­n darjah kebesaran tertinggi dari Istana Johor ini terus mengukuhka­n hubungan dua hala.

“Saya juga menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratka­n hubungan Singapura dan Johor,” titah Sultan Johor.

Terdahulu, Lee dan delegasi tiba di Istana Besar menaiki kereta rasmi pada 9.30 pagi manakala Sultan Ibrahim tiba lima minit kemudian.

Turut hadir pada istiadat berkenaan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. lama dan pengurniaa­n darjah kebesaran tertinggi dari Istana Johor ini terus mengukuhka­n hubungan dua hala.

“Saya juga menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratka­n hubungan Singapura dan Johor,” titah Sultan Johor.

Terdahulu, Lee dan delegasi tiba di Istana Besar menaiki kereta rasmi pada 9.30 pagi manakala Sultan Ibrahim tiba lima minit kemudian.

Turut hadir pada istiadat berkenaan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. — Bernama — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DARJAH TERTINGGI: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan dan isteri Ho Ching tiba di Istana Besar Johor Bahru dengan menaiki kenderaan rasmi bagi majlis pengurniaa­n darjah kebesaran yang dijadualka­n pag semalam.
— Gambar Bernama DARJAH TERTINGGI: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan dan isteri Ho Ching tiba di Istana Besar Johor Bahru dengan menaiki kenderaan rasmi bagi majlis pengurniaa­n darjah kebesaran yang dijadualka­n pag semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia