Utusan Borneo (Sabah)

KKM pertingkat survelan hepatitis akut di klinik, hospital: Khairy

Gejala lain hepatitis akut ialah hilang selera makan, loya, muntah, kelesuan

-

KUALA LUMPUR: Pengamal perubatan di klinik kesihatan kerajaan dan swasta diminta untuk merujuk kanak-kanak berumur satu bulan hingga kurang dari 18 tahun yang menunjukka­n gejala jaundis dan gejala lain hepatitis akut ke hospital untuk pengurusan kes selanjutny­a.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, gejala lain hepatitis akut ialah hilang selera makan, loya, muntah, kelesuan atau air kencing berwarna gelap.

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) telah memperting­katkan survelan bagi hepatitis akut di semua klinik kesihatan dan hospital dengan menggunaka­n definisi kes yang telah dipersetuj­ui oleh pakar-pakar perubatan klinikal dan kesihatan awam.

“Protokol rujukan dan pengurusan kes Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabny­a (Acute Hepatitis of Unknown Aetiology)

sedang dibangunka­n,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Khairy, ibu bapa atau penjaga kepada kanakkanak yang mengalami gejala berkaitan hepatitis akut seperti dinyatakan adalah dinasihatk­an untuk segera mendapatka­n rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampira­n.

KKM akan terus memantau sitiuasi kejadian Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabny­a dalam kalangan kanak-kanak dan akan memaklumka­n perkembang­an terkini dari semasa ke semasa, kata beliau.

Katanya, hasil pemantauan yang telah dijalankan buat masa ini terdapat seorang kanak-kanak lelaki warganegar­a berumur empat tahun 11 bulan di Sabah dengan gejala hepatitis akut telah mendapatka­n rawatan di sebuah hospital di Sabah pada bulan lepas.

“Kes ini mengalami gejala jaundis, demam, kurang selera makan, loya dan muntah. Selanjutny­a, dilaporkan fungsi hepar kanak-kanak ini semakin merosot sehingga memerlukan transplant­asi hepar pada 30 Mac 2022 di sebuah hospital di Lembah Klang. Kanak-kanak ini telah discaj dari hospital pada 21 April 2022 dalam keadaan sihat,” kata Khairy.

Beliau berkata pada 23 April 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui WHO Event Informatio­n Site (EIS) telah melaporkan kejadian Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabny­a yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur antara satu bulan hingga 16 tahun.

Katanya, sehingga 21 April 2022, WHO telah menerima pelaporan sebanyak 169 kes melibatkan 12 buah negara.

“United Kingdom melaporkan bilangan kes tertinggi sebanyak 114. Negara lain yang turut melaporkan kes adalah Sepanyol, Israel, Amerika Syarikat, Denmark, Ireland, Itali, Belanda, Perancis, Norway, Belgium dan Romania. Setakat ini hanya satu kematian telah dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata kejadian hepatitis akut yang dilaporkan itu dikategori­kan sebagai Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabny­a kerana penyebab lazim hepatitis seperti virus hepatitis A, B, C, D atau E tidak dikesan melalui ujian makmal.

Selain itu, WHO turut melaporkan bahawa sebanyak 74 kes dari 169 kes yang dilaporkan dikesan positif Adenovirus dan 20 kes dikesan positif SARS-CoV-2, bagaimanap­un penyebab hepatitis akut belum dapat ditentusah­kan dan masih dalam siasatan.

Katanya, dianggarka­n 10 peratus daripada 169 kes yang dilaporkan itu memerlukan transplant­asi hepar.

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) telah memperting­katkan survelan bagi hepatitis akut di semua klinik kesihatan dan hospital dengan menggunaka­n definisi kes yang telah dipersetuj­ui oleh pakar-pakar perubatan klinikal dan ” kesihatan awam.

Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia