Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia harus ambil tindakan progresif, benarkan guna kanabis, hemp bagi tujuan perubatan: Ras Adiba

-

KUALA LUMPUR: Malaysia harus memainkan peranan serius dengan mengambil tindakan progresif membenarka­n penggunaan kanabis dan hemp terutamany­a kanabidiol (CBD) bagi tujuan perubatan, kata Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Ahli Dewan Negara yang mewakili Orang Kurang Upaya (OKU) itu berkata kebenaran penggunaan bahan tersebut juga akan meningkatk­an akses golongan OKU kepada perkhidmat­an kesihatan yang berkualiti bagi membolehka­n mereka menjalani kehidupan yang sejahtera.

Ia selaras dengan Teras Strategik 4 Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 20162022 iaitu meningkatk­an akses perkhidmat­an kesihatan berkualiti kepada golongan itu untuk menjalani kehidupan sejahtera, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ras Adiba berkata ia juga selaras dengan komitmen Malaysia kepada Perkara 25 Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya yang menekankan bahawa OKU mempunyai hak untuk menikmati taraf kesihatan tertinggi tanpa diskrimina­si atas dasar ketidakupa­yaan.

“Melalui usaha ini, ia akan membuka sayap baru dalam sektor perubatan yang dapat membantu mengurangk­an gejala penyakit seperti kronik, kebimbanga­n dan sebagainya, yang telah terbukti melalui beberapa kajian saintifik,” katanya.

Ras Adiba berkata kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan perlu merancakka­n lagi aktiviti, kempen dan pendidikan kepada orang awam kerana pengetahua­n berkaitan penggunaan kanabis masih berada di tahap yang rendah.

Bagi tujuan itu, beliau mencadangk­an sembilan perkara kepada kerajaan untuk tindakan segera bagi membolehka­n kanabis dan hemp diguna pakai dalam sektor perubatan di Malaysia.

Perkara yang dicadangka­n adalah mewujudkan Pelan Hala Tuju Kanabis dan Hemp oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kaukus Kanabis Perubatan Parlimen perlu dianggotai pihak berkepenti­ngan seperti aktivis, pertubuhan bukan kerajaan, pakar kanabis serta wakil golongan rentan terutamany­a OKU dan warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia