Utusan Borneo (Sabah)

Suri rumah kini bergelar saudagar tisu dan cikgu decoupage

-

KLANG: Sebaik melangkah masuk ke kediaman seorang wanita di sini, mata pastinya tertancap pada ribuan koleksi tisu pelbagai corak dan motif seperti bungabunga­an dan abstrak, disusun rapi di beberapa sudut rumahnya.

Namun ia bukanlah sekadar tisu kerana diimport dari Jerman dan dijadikan sebagai item utama dalam decoupage, iaitu seni tampalan menggunaka­n tisu bercorak dengan teknik gunting dan tampal di atas permukaan seperti kayu, plastik, porcelain, besi, botol dan pelbagai lagi bahan yang boleh dikitar semula.

Ida Azrina Zainal Abidin, 49, dari Taman Kapar Indah Klang di sini, berkata sehingga kini, beliau memiliki lebih 3,000 koleksi tisu pelbagai corak dan saiz yang dijualnya secara dalam talian seperti telegram dengan nama saluran ‘Saudagar Tisu’.

Suri rumah sepenuh masa yang turut mengadakan kelas seni decoupage berkata beliau membeli tisu berkenaan untuk dijual kepada pelanggann­ya yang turut sama mengusahak­an seni kraf tersebut sebagai perniagaan yang kini dilihat semakin menjadi trend.

Menceritak­an perjalanan­nya dalam bidang decoupage, beliau mula mempelajar­i seni berkenaan sejak 10 tahun lepas, dengan membeli pelbagai buku, selain belajar dengan seorang cikgu yang dikenaliny­a di Ampang, sehinggala­h beliau mahir dan mula menerima tempahan orang ramai.

Ibu kepada enam anak itu berpendapa­t seni decoupage mempunyai potensi tinggi untuk menjana pendapa

tan kerana mereka yang berminat dengannya boleh mengembang­kan kreativiti mereka melalui pelbagai teknik ke atas pelbagai permukaan atau objek yang diingini.

“Permintaan sekarang agak memberangs­angkan, sejak kebelakang­an ini orang ramai berminat dengan mangkuk tingkat yang dihias dengan decoupage ini,” katanya kepada Bernama.

Ida Azrina berkata ketika hasil buatannya menerima tempahan yang tinggi, beliau turut mendapat permintaan ramai pihak untuk menurunkan ilmu seni tersebut melalui kelas-kelas secara dalam talian serta bersemuka dan kini beliau menumpukan 100 peratus aktivitiny­a untuk mengajar seni kraf tersebut.

Beliau juga tidak menang tangan apabila jadual hariannya agak sibuk kerana mengadakan kelas kepada kumpulan individu seperti suri rumah, ibu tunggal, selain jabatan kerajaan dan pensyarah kolej komuniti.

Bukan itu sahaja, beliau turut berbangga kerana ada juga pelajarnya yang sanggup datang dari negara jiran seperti Brunei dan Singapura untuk ‘berguru’ dengannya secara bersemuka dan menunjukka­n minat yang amat tinggi.

“Kebiasaann­ya pelajar saya ada minat mendalam terhadap seni ini sebab mereka berhasrat untuk menjadikan­nya sebagai perniagaan. Sebab itu ada yang cuba untuk belajar melalui YouTube. Tapi hasilnya tidak sama dengan belajar dengan guru secara praktikal dan interaktif,” katanya.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Hasnita Ibrahim, 54, yang pernah mengikuti kelas anjuran Ida Azrina sebelum ini berkata minat yang mendalam pada seni berkenaan menjadikan beliau tidak kisah melalui proses yang renyah dan memakan masa untuk menghasilk­an produk seni itu.

Malah, beliau mengakui seni decoupage adalah terapi buatnya yang memberi ruang berkreativ­iti selain mendidik untuk lebih fokus kerana setiap langkah pembuatan memerlukan ketelitian bagi mendapatka­n hasil yang cantik dan sempurna.

“Proses seni decoupage akan dimulakan dengan menggosok kertas pasir pada permukaan bahanbahan hiasan terpilih seperti kayu dan plastik, disusuli dengan sapuan gesso (cat khusus), dibiarkan kering dan diteruskan dengan olesan glaze.

“Corak pada tisu kemudian akan dipotong dan ditampal dan perlu disapu vanish untuk proses terakhir bagi mengilatka­n permukaan hasil seni dan menjadikan­nya kalis air,” katanya.

Sempena Aidilfitri, Hasnita turut menghasilk­an projek kerepek raya menggunaka­n balang plastik yang penutupnya dihiasi seni decoupage dengan setiap satu dijual pada harga RM14, manakala set kecil yang mempunyai enam bekas kerepek berharga RM60.

 ?? Gambar Bernama ?? CARA- CARA: Ida Azrina Zainal Abidin menunjukka­n koleksi tisu yang digunakan untuk melakukans­enidecoupa­geketika tinjauan di kediamanny­a baru-baru ini.—
Gambar Bernama CARA- CARA: Ida Azrina Zainal Abidin menunjukka­n koleksi tisu yang digunakan untuk melakukans­enidecoupa­geketika tinjauan di kediamanny­a baru-baru ini.—
 ?? — Gambar Bernama ?? SENI: da Azrina Zainal Abidin sedang melakukan teknik menampal tisu di atas permukaan penutup botol ketika tinjauan di kediamanny­a baru-baru ini.
— Gambar Bernama SENI: da Azrina Zainal Abidin sedang melakukan teknik menampal tisu di atas permukaan penutup botol ketika tinjauan di kediamanny­a baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Ida Azrina Zainal Abidin sedang mengunting tisu sebelum menampal di atas permukaan penutup botol ketika tinjauan di kediamanny­a baru baru ini.
— Gambar Bernama TELITI: Ida Azrina Zainal Abidin sedang mengunting tisu sebelum menampal di atas permukaan penutup botol ketika tinjauan di kediamanny­a baru baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNIK: Antara produk-produk seni decoupage yang dilakukan oleh Ida Azrina Zainal Abidin ketika tinjauan di kediamanny­a baru-baru ini.
— Gambar Bernama UNIK: Antara produk-produk seni decoupage yang dilakukan oleh Ida Azrina Zainal Abidin ketika tinjauan di kediamanny­a baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? KREATIF: Antara produk-produk seni decoupage yang dilakukan oleh Ida Azrina Zainal Abidin ketika tinjauan di kediamanny­a baru-baru ini.
— Gambar Bernama KREATIF: Antara produk-produk seni decoupage yang dilakukan oleh Ida Azrina Zainal Abidin ketika tinjauan di kediamanny­a baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia