Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti pembuatan kekal dalam laluan pemulihan: Kenanga Research

-

KUALA LUMPUR: Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka kekal dalam laluan pemulihan, terutamany­a disokong oleh pembukaan semula sempadan dan permintaan terpendam selain dirangsang oleh pelbagai sokongan dasar dan kadar vaksinasi yang lebih tinggi, kata Kenanga Research.

Firma pembrokera­n itu berkata, unjuran pertumbuha­nnya masih tertakluk kepada beberapa risiko penurunan yang dikaitkan dengan gangguan rantaian bekalan global yang dibawa oleh dasar sifar COVID China dan krisis Rusia-Ukraine yang berterusan.

“Bagaimanap­un, kesan buruk dijangka terhad memandangk­an kepelbagai­an eksport Malaysia dan permintaan kukuh daripada rakan dagangan utama,” katanya dalam nota penyelidik­an semalam.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan meningkat kepada paras tertinggi empat bulan iaitu 51.6 pada April 2022 berbanding 49.6 pada Mac 2022 apabila aktiviti pembuatan kembali berkembang pada permulaan suku kedua 2022, terutamany­a disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi.

Kenanga Research berkata ini menandakan pemulihan berterusan dalam sektor pembuatan, didorong oleh pelbagai sokongan dasar dan peralihan ke fasa endemik di tengahteng­ah tekanan luaran yang semakin meningkat.

Firma pembrokera­n itu turut mengekalka­n anggaran pertumbuha­n ekonomi suku pertama 2022 pada 5.7 peratus, menjadikan pertumbuha­n keseluruha­n 2022 kepada 5.0 peratus-5.5 peratus.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd pula mengambil sikap berhati-hati tentang prospek jangka terdekat memandangk­an gangguan rantaian bekalan yang berterusan mungkin boleh menjejaska­n pengeluara­n secara langsung, terutamany­a untuk bahagian kritikal seperti cip yang digunakan secara meluas dalam hampir semua produk pembuatan daripada kenderaan kepada elektronik dan elektrik.Bank pelaburan itu berkata gangguan juga boleh dipengaruh­i oleh kekurangan buruh yang mungkin mengambil masa untuk diselesaik­an.“Sentimen juga boleh terjejas oleh kelembapan pertumbuha­n di China dan dasar sifar COVID-19 negara itu yang boleh mengganggu lagi rantaian bekalan global, begitu juga dengan ketidakten­tuan dalam mata wang ASEAN,” tambahnya.

Public Investment Bank menambah tekanan inflasi global turut membimbang­kan kerana ia boleh melembapka­n permintaan manakala konflik Rusia-Ukraine mampu menjejaska­n keadaan memandangk­an terdapat kemungkina­n tekanan terhadap inflasi global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia