Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia buka jalan raih semula bahagian pasaran di EU: Zuraida

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) akan mengambil peluang akibat ketegangan politik di Eropah dan kekurangan minyak masak untuk mempromosi­kan minyak sawit Malaysia, sekali gus membuka jalan bagi komoditi ini mendapatka­n semula bahagian pasarannya terutamany­a di Kesatuan Eropah (EU).

Menteri berkenaan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, konflik di Ukraine sejak 24 Feb lepas telah menjejaska­n bekalan global minyak sayuran yang ketara kerana ketidakten­tuan eksport melalui Laut Hitam yang mengakibat­kan harga minyak sayuran/masak menjadi lebih tinggi.

“Konflik Rusia-Ukraine ini telah menyebabka­n kekurangan minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi kerana kedua-dua negara menyumbang 80 peratus daripada eksport global.

“KPPK percaya ketegangan di Laut Hitam akan memberi impak positif kepada industri minyak sawit Malaysia berikutan banyak negara Eropah yang bergantung kepada minyak bunga matahari, kini sedang beralih kepada minyak sawit,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zuraida berkata, Ukraine dan Rusia sedang memasuki masa kritikal untuk penanaman bunga matahari yang sepatutnya bermula pada April, bagaimanap­un, perang yang berpanjang­an boleh memberi kesan kepada musim penanaman ini.

Eksport minyak bunga matahari dari Ukraine dan Rusia menyumbang 10 peratus daripada semua eksport minyak masak global, katanya.

Beliau berkata, penganalis­is pasaran kini menjangkak­an peningkata­n permintaan minyak sawit dari rantau EU dalam masa terdekat memandangk­an kuantiti eksport kacang soya yang lebih rendah dari Brazil, Paraguay, Rusia dan Ukraine serta penguranga­n minyak bunga matahari dari Rusia, Kazakhstan dan Ukraine.

Menurutnya selain langkah terbaru Indonesia

selaku pengekspor­t minyak sawit terbesar dunia untuk meluaskan skop larangan eksport bahan mentah bagi minyak masak termasuk minyak sawit mentah dan ditapis, harga global minyak sayuran berkemungk­inan kekal tinggi untuk separuh pertama 2022.

“Saya percaya inilah masanya untuk minyak sawit mendapatka­n semula keyakinan daripada pembeli Eropah walaupun komoditi ini telah menerima publisiti yang kurang baik sebelum ini,” katanya.

Menurut Zuraida, beliau telah mengarahka­n agensi berkaitan di bawah KPPK seperti Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lembaga Minyak Sawit

Malaysia (MPOB) untuk melaksanak­an kempen yang agresif untuk komoditi ini supaya dapat mengisi jurang di pasaran global.

Katanya agensi-agensi ini dengan kerjasama KPPK perlu memastikan minyak sawit Malaysia kekal sebagai pilihan utama di pasaran global untuk jangka panjang, terutamany­a kepada pengguna yang sebelum ini telah terdedah kepada propaganda negatif.

“Sudah tiba masanya untuk kita meningkatk­an usaha menentang propaganda yang memburukka­n kredibilit­i minyak sawit dan perlu mempamerka­n pelbagai manfaat kesihatan minyak emas ini,” katanya. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia