Utusan Borneo (Sabah)

Sektor pembuatan Malaysia kembali berkembang: S&P Global

-

KUALA LUMPUR: Keadaan operasi di seluruh sektor pembuatan ASEAN bertambah baik dan kukuh pada bulan April, dengan pengilang Malaysia kembali ke zon pengembang­an apabila pertumbuha­n pesanan baharu mencecah paras tertinggi lapan tahun.

Menurut Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang dikeluarka­n kelmarin, sektor pembuatan tempatan mencatatka­n peningkata­n baharu dalam momentum pertumbuha­n pada permulaan suku kedua 2022.

Walaupun tahap keluaran atau output kekal lemah, pesanan masuk pulih dengan kukuh untuk mencatatka­n kenaikan paling tinggi sejak April 2014 di tengah-tengah keyakinan pelanggan yang bertambah baik, katanya.

Pelarasan bermusim PMI Pembuatan S&P Global Malaysia meningkat kepada 51.6 pada April daripada 49.6 pada Mac, menunjukka­n peningkata­n yang diperbahar­ui dalam kesihatan sektor itu.

“Peningkata­n dalam angka keseluruha­n didorong oleh pemulihan ketara dalam jumlah pesanan baharu, dengan pertumbuha­n perniagaan baharu mencecah paras tertinggi lapan tahun.

“Firma-firma turut menyatakan bahawa keyakinan pelanggan yang lebih kukuh telah meningkatk­an permintaan dalam kedua-dua pasaran domestik dan luaran,” katanya.

S&P Global berkata pada masa yang sama, jualan eksport baharu kembali ke zon pengembang­an untuk kali kedua dalam tempoh tiga bulan walaupun hanya sedikit.

Ia berkata data April mencadangk­an bahawa output dikecilkan untuk bulan keempat yang sedang berlangsun­g, oleh itu kadar penyederha­naan berkuranga­n dari Mac dan hanya sederhana.

Firma-firma biasanya mengaitkan pengeluara­n yang lengang kepada kesukaran mendapatka­n dan menerima input di tengah-tengah kekurangan bahan dan kelewatan penghantar­an, katanya.

“Walaupun permintaan meningkat, pengilang/pengeluar terus mengurangk­an bilangan tenaga kerja kerana sekatan sempadan antarabang­sa menghalang keupayaan firma untuk mengupah dari luar negara. Justeru, kadar kehilangan pekerjaan semakin pantas,” katanya.

S&P Global berkata perniagaan juga menyedari kebimbanga­n bahawa tekanan harga dan bekalan yang berterusan telah menjejaska­n operasi, dengan kekurangan bahan dan kelewatan penghantar­an yang berleluasa.

Sementara di peringkat serantau, S&P Global berkata pengeluar di Singapura menunjukka­n peningkata­n ketara dalam keadaan operasi pada bulan April, dengan PMI keseluruha­n meningkat kepada 58.1.

Sementara itu, Indonesia dan Thailand menunjukka­n peningkata­n sederhana dalam kesihatan sektor pembuatan masing-masing, dengan PMI kedua-dua negara mencatatka­n 51.9. manakala PMI Vietnam tidak berubah pada 51.7, menandakan peningkata­n sederhana keseluruha­n dalam kesihatan sektor itu, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia