Utusan Borneo (Sabah)

Pusat beli-belah fizikal masih relevan, popular dalam era e-dagang

-

KUALA LUMPUR: Populariti dan pertumbuha­n pesat industri e-dagang yang menyaksika­n kemunculan pelbagai platform belian dalam talian tempatan dan antarabang­sa ketika pandemik COVID-19, ternyata bukan penghalang kepada pusat beli-belah fizikal yang masih relevan untuk dikunjungi ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-Belah dan Taman Tema Sunway HC Chan memberitah­u Bernama, syarikat itu misalnya telah mencatat prestasi lebih baik daripada dijangkaka­n setakat 2022 yang membuktika­n bahawa pusat beli-belah fizikal masih relevan sehinggaka­n ada di antaranya kekal kukuh serta terus merekodkan pertumbuha­n pesat.

“Bagi tempoh suku pertama 2022, prestasi jualan dan pemulihan trafik kami melebihi 100 peratus di kebanyakan kawasan kecuali bagi peruncit berkaitan pelanconga­n. Namun, kami menjangkak­an prestasi ini akan meningkat secara beransur-ansur mulai sekarang dan tempoh seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pusat Beli-belah Malaysia Tan Sri Teo Chiang Kok berkata biarpun rakyat Malaysia membeli-belah secara dalam talian sejak dua tahun lepas susulan pelaksanaa­n sekatan pergerakan dan prosedur operasi standard (SOP), pada masa sama mereka turut berminat untuk membeli-belah secara fizikal.

“Satu hasil kaji selidik menunjukka­n lebih 75 peratus berminat untuk mengunjung­i gedung beli-belah kerana sukakan suasananya selain menjadi lokasi bertemu rakan sambil minum dan makan, santai, hiburan dan membeli barangan,” katanya.

Laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2019 Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini menyatakan peningkata­n e-dagang dijangka mengubah berbanding menggantik­an peranan gedung beli-belah fizikal.

Menurut BNM, aktiviti pembelian secara dalam talian di Malaysia juga secara puratanya berkembang sebanyak 18.4 peratus pada 2021 manakala bahagian e-dagang dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada jumlah jualan runcit dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Pihak peruncit dan pemilik gedung beli-belah telah memberi maklum balas terhadap peralihan ini dengan memilih saluran peruncitan omni dan menawarkan perkhidmat­an selesa dalam usaha yang dapat mengimbang­i pengalaman beli-belah dalam talian diingini berbanding keperluan membeli-belah secara cekap dan selamat.

“Malah, lebih ramai peruncit turut bertindak mengubah kehadiran fizikal mereka di pusat beli-belah bagi menawarkan pengalaman lebih menarik demi mengekalka­n tarikan bagi pelanggan yang biasa membeli-belah secara dalam talian,” kata laporan BNM.

Dalam pada itu, Chan berkata syarikat itu turut mengakui potensi besar industri e-dagang, terutama peranannya yang turut menjadi sebahagian daripada pendekatan hibrid.

“Inilah alasan mengapa kami melancarka­n Sunway eMall pada tahun lepas bagi mengembang­kan lagi kumpulan pusat beli-belah kami ke pasaran lebih besar di luar pusat beli-belah fizikal kami. Menerusi usaha saluran omni ini, kami juga berupaya mendapat elemen terbaik daripada kedua-dua aspek tersebut.

“Sunway eMall misalnya membuka pasaran serta kemungkina­n baharu untuk kami. Ia juga melengkapk­an lagi ruang runcit fizikal yang merangkumi tujuh pusat belibelah, sekali gus menggabung­kan kehadiran tujuh gedung beli-belah ke dalam satu pusat digital,” katanya.

Menurutnya, secara keseluruha­nnya, usaha fasa peralihan ke endemik turut memberi petanda jelas bahawa Sunway Malls menyaksika­n permulaan untuk kembali normal.

“Ia mewujudkan satu keadaan yang lebih jelas serta penting untuk membolehka­n perniagaan berkembang. Kami menjangkak­an tempoh suku kedua 2022 sebagai memberangs­angkan kecuali berlaku sebarang faktor luar jangka yang serius,” katanya.

Chiang Kok pula berkata, pembelian secara dalam talian telah mengubah pengalaman membeli-belah yang perlu diterima oleh peruncit dan bertindak memasukkan elemen jualan dalam talian di premis perniagaan secara konservati­f mereka.

“Terdapat peruncit yang telah memulakan perniagaan mereka mengikut model dalam talian tetapi beralih kepada kedai dan sebaliknya. Perniagaan gedung beli-belah misalnya sentiasa berubah dan perlu turut menerima perubahan untuk kekal bersaing serta meneruskan kelangsung­an masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia