Utusan Borneo (Sabah)

Tiada negeri melangkaui CTT

-

KOTA BHARU: Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata setakat ini tiada negeri dilaporkan melangkaui Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan kerajaan dan mengeluark­an lesen baharu bagi projek ladang hutan.

Beliau berkata perkara itu dicapai berikutan tindakan proaktif kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk melindungi khazanah alam negara.

“Walaupun hutan ini berada di bawah kerajaan negeri namun dari segi pentadbira­n dan pengurusan, adalah di bawah Jabatan Perhutanan Negeri dan Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia di peringkat persekutua­n yang mengawal setiap lesen pengeluara­n.

“Kita tidak dapat menafikan ada juga penceroboh­an haram kepada hutan berlaku namun pemantauan serta penguatkua­saan sering dilakukan untuk mengambil tindakan kepada pembalak haram ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi bekas jurulatih Kelantan FA yang juga legenda penyerang prolifik negara era 90-an, Hashim Mustapha di kediamanny­a dekat Kampung Guchil Bayam, di sini semalam.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata tiada lagi ladang hutan baharu yang dikesan diberikan lesen oleh mana-mana negeri susulan pelaksanaa­n Moratorium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjun­g Malaysia selama 15 tahun baru-baru ini.

“Kerajaan negeri mungkin membenarka­n satu syarikat untuk membuat penanaman semula ladang hutan dan ia boleh tebang satu kawasan dan tebangan ini dipanggil ‘cuci mangkuk’, kemudian syarikat itu kena tanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia