Utusan Borneo (Sabah)

Robert ajak rakyat erat silaturahi­m

Kelonggara­n diberikan dalam fasa endemik perlu dimanfaatk­an dengan perpaduan serta keharmonia­n di antara satu sama lain

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik mengajak rakyat khususnya di daerah ini untuk mengeratka­n silaturahi­m sempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini memandangk­an kerajaan telah memberikan beberapa kelonggara­n sejak peralihan ke fasa endemik.

Jelas beliau, kini rakyat berpeluang untuk menziarahi keluarga masing-masing justeru peluang ini perlu dimanfaat sebaik-baiknya tanpa mengabaika­n aspekaspek penting yang disaran bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Sejak negara memasuki ke fasa endemik, rata-rata rakyat menyambut baik keputusan itu memandangk­an ramai di antara mereka ingin menjenguk dan menziarahi keluarga di kampung masing-masing yang mana tidak dapat dilakukan sejak dua tahun lalu akibat pandemik.

“Justeru, pada tahun ini mereka kini dapat melaksanak­an aktiviti masingmasi­ng tanpa sekatan oleh itu, ianya (masa) perlu dimanfaatk­an sebaiknya demi mengukuhka­n silaturahi­m bagi memastikan perpaduan kekal terjalin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo selepas menghadiri jemputan rumah terbuka Hari Raya

Aidilfitri di salah sebuah rumah penduduk di Kampung Merampong, Jamri Mansiri, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor mengakui tradisi amalan kunjung mengunjung­i berupaya mengukuhka­n lagi silaturahi­m di antara masyarakat dan percaya mereka yang meraikanny­a mengamalka­n SOP yang disarankan.

Beliau percaya, rakyat tidak mengabaika­n aspek-aspek yang disarankan kerajaan walaupun telah beralih ke fasa endemik, justeru Robert yakin rakyat akan terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak pandemik.

“Saya percaya rakyat terus waspada kerana situasi ketika ini belum lagi pulih sepenuhnya. Namun apa yang penting kita semua dapat meraikanny­a kali ini untuk mengukuhka­n lagi tali ikatan perpaduan.

“Saya juga berharap, keunikan yang dimiliki negeri ini akan terus terpelihar­a menjadi contoh kepada lain dalam soal perpaduan dan semoga kesatuan ini terus mekar serta subur,” katanya.

 ?? ?? ALBUM: Robert (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian masyarakat yang hadir semasa majlis rumah terbuka itu.
ALBUM: Robert (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian masyarakat yang hadir semasa majlis rumah terbuka itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia