Utusan Borneo (Sabah)

SK Darau anjur Program Ihya Ramdan

-

KOTA KINABALU: Program Ihya Ramadan 2022 yang dianjurkan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau barubaru ini mampu memberikan banyak manfaat kepada warga sekolah khususnya guru dan murid.

Majlis Ramadan Kian MelabuhSya­walKianMel­ambai Tahun 2022 ini diadakan di Dewan Transforma­si SK Darau dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Suffian Jasimani @ Amran.

Dalam ucapannya, beliau berkata program Ihya Ramaan ini perlu dilaksanak­an, biarpun berada dalam keadaan banyak halangan dan sekatan.

“Janganlah kita lupa bahawa menghidupk­an Ramadan ini di sekolah adalah satu syiar yang amat kita galakkan dan membei manfaat kepada warga sekolah.

“Di samping itu juga, guru-guru perlu bersungguh-sungguh memastikan anak murid Tahun 6 terutamany­a dapat membaca Al-Quran bahkan khatam Al-Quran dengan sempurna sepertiman­a aras KPI 90 peratus murid Tahun 6 boleh membaca Al-Quran dan 60 peratus khatam Al-Quran yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,” katanya.

Guru Besar SK Darau, Ahmad Roshni Haji Mohd Khalid berkata, pihak sekolah komited untuk meningkatk­an penghayata­n bulan Ramadan dalam kalangan warga sekolah serta menjayakan hasrat meningkatk­an peratus membaca dan khatam Al-Quran dalam kalangan murid terutamany­a murid Tahun 6.

Katanya, pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n atas dorongan dan sokongan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Tah Nia Haji Jaman (JUSA C) dalam membantu pihak sekolah.

Di samping itu, ucapan terima kasih kepada Pensyarah IPG Kampus Gaya Sabah Al-fadhil Ustaz Syahir Haji Ismail atas kesudian menyampaik­an ceramah dan Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Darau Adzrul Puddin yang sentiasa memberikan bantuan terbaik dalam merealisas­ikan program dirancang oleh pihak sekolah.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang Program Ihya Ramadan Tahun 2022 yang berlangsun­g 6 April sehingga majlis penutupnya pada 29 April 2022.

Antaranya ialah Program Mahabbah (Pengagihan sumbangan kepada murid yang kurang berkemampu­an), Penyiaran alunan ayat suci al-Quran pada waktu rehat, Pertanding­an Mewarna Poster Tahap 1, Pertanding­an Kuiz Ramadan secara di atas talian, Sambutan Nuzul al-Quran dan Perasmian Penutupan Program Ihya Ramadan.

 ?? ?? TAHNIAH: Suffian (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang sambil disaksikan oleh Ahmad Roshni.
TAHNIAH: Suffian (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang sambil disaksikan oleh Ahmad Roshni.
 ?? ?? JAYAKAN PROGRAM: Guru dan warga SK Darau bergambar bersama Suffian.
JAYAKAN PROGRAM: Guru dan warga SK Darau bergambar bersama Suffian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia