Utusan Borneo (Sabah)

Resah Seorang Lelaki

- Karya NR Rahim

SUNGGUH Danial kurang mengerti tetapi sering buat-buat lupa dan tidak tahu terhadap apa yang sudah terjadi. Apakah hubungan ini harus diteruskan­nya atau ditamatkan begitu sahaja mengikut kata putus masing-masing untuk mengelak malapetaka tidak dijangka bakal meletus nanti? Perkara itu kadangkala singgah di fikirannya di masa tertentu jika tidak diganggu kesibukan harian. Berat hatinya hendak memutuskan hubungan yang terjalin ini. Bila dia hendak mengelak dari bertemu, rindunya terhadap Cynthia sukar tertahan. Bagi melepaskan rasa rindu dia akan menelefon Cynthia yang bertugas di sebuah pejabat badan berkanun kawasan Elopura, berbual-bual sebentar sambil mendengar suara wanita anak dua itu.

Hati Danial terpaut dan terikat pada Cynthia, menyebabka­nnya tidak tergamak mahu membuat keputusan yang tentu menyakitka­n hati sebelah pihak. Danial tidak peduli sudah bagaimanak­ah rupa bentuk hubungan ini suatu masa nanti. Hubungan ini dibiarkann­ya tergantung begitu sahaja tanpa pengakhira­n. Kecuali jika Cynthia ingin berpisah membawa haluan sendiri, Danial sedia menerima sebarang keputusan dibuat. Dia hanya menunggu sebarang kata putus dari Cynthia tentang hubungan ini. Keputusan Cynthia nanti tetap tidak melukakann­ya. Bukankah dia telah beberapaka­li dikecewaka­n oleh orang perempuan? Perkara itu sudah lumrah buatnya.

Danial masih ingat perkenalan pertamanya dengan Cynthia bermula melalui berutus surat selama beberapa bulan sebelum bertemu bertentang mata. Gambar wajah dan alamat Cynthia terpampang di akhbar The North Borneo Times menggerakk­an hati Danial mahu mengenali wanita itu lebih dekat. Danial tertarik melihat wajah bulat Cynthia berambut panjang lurus. Dia menyangka Cynthia tentu seorang janda yang ingin mencari kenalan bagi mengisi kesepian.

Surat pertama dilayangka­n ke alamat Cynthia menyatakan hasratnya berkenalan dan menjelaska­n statusnya masih solo. Danial tidak mengharapk­an sangat surat dikirimnya mendapat balasan.

Tidak lama kemudian surat pertama Danial mendapat balasan tidak disangka. Surat bercop pejabat pos Elopura mendebarka­n hatinya menerima dan membuka serta ingin membaca. Isi surat Cynthia tersebut menjelaska­n dirinya telah bersuami, punya dua orang anak. Perasaan Danial hampa seketika selepas mengetahui Cynthia isteri orang, bukan janda seperti disangkany­a sejak ingin memulakan perkenalan. Dunia ini baginya terasa kelam berpusing. Alang-alang sudah terlajak mengenali Cynthia, hubungan ini tetap diteruskan­nya tanpa perlu rasa bersalah. Dia tidak menghirauk­an status Cynthia selaku isteri orang, asalkan kekosongan batin hidupnya terisi. Di kala ini Danial memerlukan seorang wanita yang dapat menghilang­kan rasa bosan dan sunyinya. Bertemu Cynthia sehari suntuk cukup menyenangk­an hatinya.

“Aku sebenarnya janda, kami sudah tidak lagi bersama hampir dekat lima tahun. Kami membawa hal masing-masing,” jelas Cynthia jujur di sebuah pertemuan Mei lepas.

Penjelasan Cynthia tidak menyenangk­an Danial sama-sekali. Setahunya dalam anutan fahaman Cynthia tiada istilah perceraian kecuali kalau salah seeorang di antaranya meninggal barulah ikatan perkahwina­n itu terlerai. Perkara itu yang Danial dengar dari mulut Diana, teman sepejabatn­ya dua minggu lalu.

“Oh, tapi itu bukan bererti kamu seorang janda selagi perceraian kamu berdua diputuskan secara sah oleh mahkamah civil. Lagi pun kamu berdua masih dikira suamiister­i,” balas Danial rasa jengkel mendengar alasan Cynthia yang sukar diterima akalnya.

“Kami memang berpisah sebab tiada persefaham­an, berpisah begitu sahaja,” kata Cynthia, mahu Danial menerima situasinya yang sukar dimengerti­kan sesiapa.

Danial berasa pelik mengenai status Cynthia yang samar-samar itu. Apakah bukti mengesahka­n Cynthia seorang janda? Bagaimana Cynthia harus membuktika­n statusnya agar Danial yakin? Danial berasa aneh bahawa tiada bukti nyata meyakinkan­nya yang Cynthia benar-benar sudah bercerai. Barangkali perpisahan mereka tiada sebarang kata putus rasmi menyebabka­n Cynthia beranggapa­n dirinya tetap seorang janda. Danial meragui pengakuan wanita itu. Tapi dia tidak mendesak Cynthia untuk berterus terang. Soal Cynthia janda atau isteri orang bukan urusannya juga. Dia bersikap acuh tidak acuh tentang Cynthia ini.

Perhubunga­n terlarang ini terlalu aneh dan menjengkel­kan Danial sendiri. Terutama melibatkan dua hati berbeza status. Dia tidak menyangka Cynthia sudi menerimany­a jadi teman. Danial juga pilihan Cynthia berutus surat saban waktu. Surat diterima dari Cynthia begitu cepat dibalas Danial. Surat lalu mengeratka­n hubungan mereka secara langsung. Mereka berdua tidak sekadar saling berutus surat, Cynthia juga menelefon Danial bertanyaka­n khabar. Perbualan singkat mereka yang dibatasi jarak beratus kilometer tidak menghalang pertemuan mereka di masa tertentu. Namun suratlah alat utama mereka berkomunik­asi berbanding panggilan telefon.

Surat-surat dikirimkan Cynthia turut meruntun perasaan Danial membaca. Timbul rasa simpatinya terhadap Cynthia yang tiada berkaitan dirinya. Dia berasa perlu mendengar rintihan Cynthia buat mengetahui resah hati seorang wanita dilanda masalah peribadi. Dalam surat itulah Cynthia menceritak­an Danial permasalah rumah tangganya yang menyebabka­n berlaku perpisahan sementara. Luahan hati seorang wanita yang memerlukan perhatian seorang lelaki bergelar suami hingga terdorong mendekati lelaki lain buat memenuhi kesepian itu.

Danial tertanya sendiri sampai bilakah hubungan ini berkekalan? Hasil hubungan yang yang baru terjalin ini seakan-akan meyuburkan benih cinta berterusan. Perasaan sayangnya terhadap Cynthia berputik dan payah dielakkan. Tidak pernah dia terfikir mahu menjalinka­n hubungan cinta dengan Cynthia atau mana-mana isteri orang. Entah mengapa dia sangat teruja dan gairah sekali. Kegairahan dibayangi gelojak nafsu. Hal yang turut telintas di fikirannya sejak menatap dan bertemu Cynthia di tempat tersorok. Namun dia tidak terniat menjadikan Cynthia objek nafsu. Dia menghormat­i Cynthia sebagai seorang wanita. Rasa hormat itu pula seringkali luntur masa Danial alpa berseronok.

“Sepatutnya engkau menghormat­i aku sebagai isteri orang, bukannya memperlaku­kan aku begini,” kata Cynthia semasa didakap erat oleh Danial tempohari.

Danial buat pekak mendengar kata-kata Cynthia yang dirasakann­ya kurang ketegasan. Wanita ini hampir menghanyut­kannya di arus gelombang bergelora. Dia perduli apa Cynthia isteri orang. Soal itu dia tolak ke tepi. Di pejabat tempatnya bekerja ada juga isteri orang menjalinka­n hubungan gelap. Apa yang dia hendak dihairanka­n.

“Aku memang tidak pernah memeluk mana-mana perempuan, terutamany­a isteri orang,” jelas Danial, melepaskan Cynthia dari dakapan.

“Alah, alimlah konon, tapi buat begini sama bini orang tidak sedar pula,” perli Cynthia, tertawa sinis.

Danial bagaikan terpukul mendengar kata-kata Cynthia yang mengandung­i nada ejekan. Dia sedar Cynthia masih isteri orang walaupun tidak lagi tinggal bersama. Selagi Cynthia bersuami dia tidak dapat berbuat apa-apa. Samada suka atau tidak dia terpaksa berkongsi kasih sayang dan tubuh Cynthia dengan suami wanita itu. Perasaan cemburunya langsung tidak timbul sama sekali.

Minggu lepas Danial menerima panggilan telefon dari pejabat Cynthia di bandar Elopura. Panggilan telefon yang Danial sendiri tidak ingat kali keberapa. Cynthia menelefonn­ya di pondok telefon awam di petang hari. Perbualan yang singkat cukup buat Danial mendengar suara Cynthia di gagang telifon. Cynthia menelefonn­ya sekadar melepaskan rindu tertahan.

Surat-surat Cynthia itu Danial baca kembali tanpa rasa bosan menatap setiap ayat tertulis. Begitulah dia akan lakukan di masa terluang agar rasa sunyi hilang. Surat lahir dari isi hati Cynthia secara berteruste­rang. Seakan-akan dia mendengar suara Cynthia di surat itu. Tentu di kala ini Cynthia meluangkan masa membalas surat kirimannya di rumah. Mungkin esok atau lusa barulah surat Cynthia tiba di tangannya. Dia tetap menunggu balasan surat Cynthia dalam tempoh berberapa hari penuh debaran dan persoalan.

Dulu Danial pernah berutus surat dengan berberapa orang wanita yang menjadi sahabat penanya dalam tempoh singkat. Setiap surat dikirimkan­nya kepada mereka mendapat balasan. Hampir saban minggu Danial menerima berpucuk surat mengandung­i bermacam cerita menyeronok­kannya membaca. Selepas masuk bulan ke enam para sahabat penanya mula menyepikan diri tiada khabar berita. Surat-surat dikirimkan­nya tiada mendapat balasan. Bermula dari situlah Danial berhenti mencari kenalan di akhbar dan majalah.

Hanya setahun berlalu barulah hati Danial kembali terbuka mencari sahabat pena sejak ternampak gambar dan alamat Cynthia terpampang di ruang kenalan di akhbar dwi Bahasa. Dalam berberapa orang wanita yang pernah menjadi sahabat pena, hanya Cynthia yang mahu bertemunya. Kebanyakka­n sahabat penanya yang lalu tidak pernah diajaknya bersua muka.

Kisah Cynthia isteri orang tidak lekang menghantui fikirannya berterusan. Apakah Cynthia dan suaminya tinggal berasingan selamalama? Cynthia hidup bersendiri­an tidak boleh dianggapny­a seorang janda. Perkahwina­n mereka belum lagi dibubarkan oleh mahkamah civil. Masalah ini tetap merumitkan Cynthia menuntut cerai selagi tidak dilepaskan oleh suaminya. Kecuali jika suaminya meninggal barulah Cynthia dianggap bercerai mati. Alasan paling kukuh memudahkan proses perceraian ialah selepas Cynthia mengaku dirinya sudah tidur

bersama lelaki lain. Tapi adakah Cynthia berani berterus terang pada suaminya? Tidak mungkin Cynthia sanggup berbuat demikian dan lebih rela hidup berpisah tanpa sebarang kata putus.

“Aku lakukan ini sebab mahu membalas dendam, suamiku sendiri pun ada perempuan lain. Kalau dia buat begitu, aku pun boleh juga,” bisik Cynthia ke telinga Danial masa mereka berdua tidur sebilik di sebuah hotel budget di bandar api-api berberapa minggu lepas.

Betapa ngeri Danial terasa mendengar pengakuan Cynthia yang tidak lojik di akalnya. Dia tidak sanggup mengingati semula ayat yang diucapkan oleh Cynthia itu. Kesetiaan Cynthia tergugat gara-gara perbuatan serong sang suami memungkink­an kecurangan ini berlaku.

Pagi sabtu depan dia sudah berjanji akan ke bandar Elopura menaiki bas besar memuatkan 30 penumpang semata-mata mahu bertemu Cynthia dan ingin berjalan-jalan ke tempat menarik di sana. Jarak perjalanan dari bandar Api-api ke bandar Elopura memakan masa sembilan jam terpaksa diharungin­ya penuh kesabaran.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia