Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

ROZELINE VITALIS penulis berasal dari Keningau dilahirkan pada 26hb Januari 1975 di kampung Bingkor Keningau. Mula menulis pada tahun 1994 dalam gener puisi dan cerpen. Kini karya-karyanya telah banyak tersiar diakhbar-akhbar dan majalah Wadah. Beliau juga telah menghasilk­an 70 buah buku antologi puisi dan cerpen. Beliau juga telah menulis 2 buah novel kanak-kanak yang diterbitka­n oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rozeline juga telah menenangi sayembara penulisan cerpen dan puisi di Sabah. Beliau juga ahli persatuan Ikatan Penulis Sabah. Harapan beliau agar terus berjaya dalam penulisan.

SEBUAH PENGHARAPA­N

Kuukir sebuah pengharapa­n seindah pelangi senja dan seteguh gunung batu agar harapanku tetap teguh

Akan kupahatkan harapanku di langit biru agar harapanku tetap membara di sinar mentari dan akan kunyalakan obor hatiku semoga tetap tabah menahan gelora badai kehidupan membadai tembok kehidupan

Dan seandainya esok mentari masih bersinar akan kusisipkan doaku pada yang Esa agar sebuah pengharapa­nku tetap membara selamanya.

Karya Rozeline Vitalis Keningau

3hb Mei 2022

KAAMATAN

Kini kaamatan menjelang lagi tanda kesyukuran kaum tani di beri rezeki padi yang melimpah pemberian Bambarayon

Unduk ngadau berjalan gemalai untuk memperagak­an kecantikan untuk Mengenang jasa Huminodun yang rela berkorban diri untuk menjadi satapan kepada manusia ketika nafas bumi membahang kejam

Gong dipalu meriah untuk menyukuri rahmat Tuhan memberi curahan benih padi ciptaan Kinoingan di alam maya.

Karya Rozeline Vitalis Keningau

3hb Mei 2022

LEBARAN

Kini lebaran kembali menggamit membawa bersama sinaran terang buat semua insan yang bertakwa kepada-Nya

Terdengar takbir bergema dengan penuh syahdu mengundang sendu dihati atas kekhilfan semalam yang penuh kemungkira­n dan memohon keampuanan Kehadirat-Nya

Dan kulihat wajah-wajah gembira menyambut lebaran yang mulia dan mensyukuri nikmat-Nya lupakan duka dihati gembiralah dihari lebaran dan selamat hari raya aidilfitri.

Karya Rozeline Vitalis Keningau

3hb Mei 2022

PERPISAHAN

tiada lagi rindu yang dititip menjadi bekal pemergian seperti selalunya

hatipun sudah tidak disapa rindu kerana sudah ada dusta mematikan bunga indah bernama sayang yang telah disiram sekian lama dibajai, sehingga tumbuh subur dan mewangi dan itu yang kita nikmati selama ini

kucuba mengorek rindu jika masih ada cebisan di sudut hati yang tersisa

kucari jua di mana-mana jika masih boleh dikutip untuk menyatu menjadi satu

kerana aku masih mencari dan terus mencari

sukar diungkap dengan kata makna perpisahan kerana ada luka yang sangat dalam airmata yang jatuhpun bukan gambaran hati kerana tidak akan sama dan sukar untuk dimengerti hanya aku yang merasa dan aku yang tahu

Dr Mohd Haniff Haji Hassan MH2661 Twu-Kul

27 Mac 2022

SENTUHAN MEMORI (terima kasih Ropizah dan Zita Aniza)

ditepian kuala yang tak pernah dimimpi untuk kuinjak menjadi saksi cerita sebuah perjuangan, dulunya tentang langkah awal membina erti kehidupan dan lama telah menjadi kenangan yang tiada siapa membuka

aku datang dengan cerita dan memberi makna erti sebuah kepahitan yang sudah manis erti sebuah kesukaran yang menjadi senang dengan sebuah analogi yang mudah difahami

ikan bakar, kerang bakar, udang goreng butter secangkir nescafe 0 dan jus buah berpasanga­n dengan cerita kami merungkai kerinduan yang membeku untuk sekian lama lalu derai ketawa mengiring lembayung senja di kuala yang mula turun tersipu malu pada hari itu menjadikan aku rindu sebuah memori

tawamu masih sama adikku seperti dulunya di UPM kerana ada kunci gembira yang telah aku buka

Dr Mohd Haniff Haji Hassan Kuala Perlis

29 Mac 2022

DUSTA

selalu aku mendengar kata terbisik di telinga kudengar di dalam hati dan aku berasa, betapa indahnya erti kebahagiaa­n

kejujuran sentiasa menemani perjalanan tawamu, tawa gembira air matamya, tangis sedih setiap langkahmu, kau khabariku detik jantungmu, kuboleh kira kita menyatu, menjadi satu hati dan perasaan

sehingga di suatu ketika aku termanggu katamu bukan lagi kota tawa & tangismu hanya pura dan kita tidakpun berkongsi duka

bahagiamu tersirat di belakang tabir, selama ini yang aku tidak tahu

Dr Mohd Haniff Haji Hassan Kuala Perlis

28 Mac 2022

DR MOHD HANIFF HJ HASSAN, adalah pensyarah kanan dalam bidang Psikologi Kaunseling di Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau. Beliau seorang motivator pendidikan yang dikenali di Tawau yang telah menghasilk­an banyak kajian yang dimuatkan di jurnal-jurnal penyelidik­an. Kebelakang­an ini, beliau mula berjinak-jinak dengan menghasilk­an buku, sajak dan cerpen. Pengalaman­nya mula diterjemah­kan dalam bentuk penulisan-penulisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia