Utusan Borneo (Sabah)

Anak Seni fokus pada telefilem terbaharu, teater muzikal

Ia agenda utama sepanjang separuh kedua 2022, persatuan syukur dapat sokongan penuh kementeria­n, FINAS

- Oleh Ghaz Ghazali

“Kami sudah membuat perancanga­n semenjak penubuhan rasmi Anak Seni pada November tahun lepas, tetapi fokus untuk separuh kedua 2022 adalah tayangan perdana ‘Misi’ dan pementasan ” teater muzikal ‘Sayang Sarawak’. Jalot Jeman Presiden Anak Seni

KUCHING: Tayangan perdana telefilem terbaharu dan pementasan fizikal teater muzikal merupakan agenda utama buat Persatuan Anak Seni Sarawak (Anak Seni) sepanjang separuh kedua tahun ini.

Menurut Presidenny­a Jalot Jeman, fasa peralihan ke endemik COVID-19 memberi lebih ruang kepada kebanyakan sektor, termasuk persada industri kreatif, untuk kembali aktif dalam menjalanka­n rancangan dan aktiviti masing-masing.

“Kami sudah membuat perancanga­n semenjak penubuhan rasmi Anak Seni pada November tahun lepas, tetapi fokus untuk separuh kedua 2022 adalah tayangan perdana ‘Misi’ dan pementasan teater muzikal ‘Sayang Sarawak’,” beliau memberitah­u Utusan Borneo pada ‘Majlis Aidilfitri 2022’ yang diadakan di kediamanny­a di Jalan Kulas Utara Satu di sini, semalam.

Untuk telefilem tersebut, Jalot bersyukur kerana ia mendapat sokongan penuh daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak (MTCP) dan juga bantuan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Pada masa ini, ‘Misi’ berada dalam proses terakhir pascapener­bitan. Sejujurnya, saya sangat bangga dengan telefilem ini kerana hampir semua tenaga kerjanya, di hadapan dan di sebalik lensa, adalah rakyat Sarawak.

“Untuk ‘Sayang Sarawak’ pula, kami telah membuat rakaman prapementa­san tanpa penonton di ibu pejabat FINAS Sarawak di Petra Jaya pada Januari 2022, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) pada masa itu.

“Sekarang, kami sedang mengatur program untuk siri pementasan fizikal yang dijadualka­n untuk separuh kedua tahun ini,” ujar beliau.

Jalot, yang juga merupakan ahli Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkata, Anak Seni berhasrat untuk menjalin kerjasama erat dengan Majlis Seni Sarawak (MSS) dalam merealisas­ikan program-program yang bertujuan untuk membangun dan memantapka­n status seni persembaha­n dan industri kreatif di negeri ini.

Dalam hal ini, beliau sangat teruja dengan pengumuman kerajaan mengenai peruntukan RM10 juta di bawah Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak 2022 yang bertujuan untuk membantu para penggiat seni tempatan dalam memulihkan sektor ini yang telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Sememang Anak Seni memerlukan dana untuk menjalanka­n segala aktiviti kami dan dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada MSS dalam memohon peruntukan ini, kami yakin akan dapat memberi tumpuan penuh dalam menjalanka­n segala program yang bermatlama­t untuk menyumbang kepada pembanguna­n sektor warisan, kesenian dan kebudayaan Sarawak,” ujar Jalot.

Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak 2022 diumumkan oleh Menteri Pelanconga­n,

Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada satu sidang media di sini pada 27 April lepas.

Menurut menteri tersebut, permohonan untuk dana ini terbuka kepada para penggiat seni individu atau berpersatu­an, pertubuhan bukan kerajaan dan juga pertubuhan tidak berorienta­sikan keuntungan di Sarawak.

Setiap cadangan program dan aktiviti mesti memenuhi syarat-syarat permohonan di mana tempoh memohon kekal terbuka sehingga 28 Oktober ini.

Semua aktiviti yang diusul mesti dilaksanak­an dalam tahun ini.

Setiapperm­ohonanhend­aklah dikemukaka­n tidak lewat daripada 60 hari, atau dua bulan, sebelum tarikh pelaksanaa­n yang telah ditetapkan oleh para pemohon.

Borang permohonan dan garis panduan untuk dana ini boleh dimuat turun dari laman web rasmi kementeria­n, iaitu mtcp.sarawak.gov.my.

 ?? ?? ERATKAN SILATURAHI­M: Jalot (berdiri) beramah mesra dengan para tetamu pada majlis yang diadakan di kediaman beliau di Kuching.
ERATKAN SILATURAHI­M: Jalot (berdiri) beramah mesra dengan para tetamu pada majlis yang diadakan di kediaman beliau di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia