Utusan Borneo (Sabah)

Kecemerlan­gan akademik UK di Malaysia

-

UNITED Kingdom (UK) diiktiraf di seluruh dunia dengan program akademikny­a yang sangat terkenal, menjadikan­nya destinasi pengajian yang ideal untuk pelajar dari jauh dan serata dunia.

Bagaimanap­un, jarak dan kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi halangan kepada banyak keluarga.

Namun demikian, terdapat penyelesai­an bagi mereka yang inginkan penyelesai­an terbaik untuk kedua-duanya.

Banyak institusi pengajian tinggi terkemuka di UK telah membuka kampus cawangan di Malaysia sejak beberapa tahun lepas, sekali gus menjadikan pendidikan berkualiti UK lebih berpatutan dan fleksibel untuk ramai pelajar.

Mereka akan dapat menerima ijazah yang sama seperti pelajar yang menghadiri kampus induk di UK, tanpa perlu risau tentang kos perbelanja­an hidup yang tinggi.

Dua universiti tersebut ialah Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) dan University of Reading Malaysia (UoRM).

NUMed ialah kampus cawangan antarabang­sa Newcastle University,

UK yang menawarkan program asasi dan sarjana yang cemerlang dalam bidang sains perubatan dan bioperubat­an.

Semua program yang ditawarkan di NUMed adalah selaras dengan Newcastle University, UK.

Pelajar tempatan yang berminat untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam bidang saind perubatan atau bioperubat­an boleh melengkapk­an Asasi Sains Biologi dan Bioperubat­an terlebih dahulu, iaitu program pra-siswazah.

Setelah berjaya menamatkan pengajian asasi, mereka boleh memilih untuk mengikuti sama ada program Sains Bioperubat­an 2+1 BSc (Kepujian) (BMS) atau Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), bergantung kepada gred dan minat mereka.

Program BMS di NUMed merangkumi pelbagai aspek sains perubatan, termasuk biokimia, genetik, fisiologi, imunologi dan farmakolog­i, manakala program MBBS adalah kajian perubatan sarjana bersepadu selama lima tahun yang serupa dengan apa yang ditawarkan di Newcastle University, UK.

UoRM juga merupakan kampus cawangan universiti UK yang bereputasi tinggi, University of Reading, yang terkenal dengan pengajaran berkualiti tinggi, kecemerlan­gan penyelidik­an, kebolehpas­aran siswazah, dan penglibata­n masyarakat.

Ia menawarkan pelbagai program dalam bidang profesiona­l seperti Perakaunan dan Kewangan, Pengurusan Kewangan dan Perniagaan, Perniagaan dan Pengurusan, Undang-Undang, Psikologi, Ukur Bahan dan Hartanah, melengkapk­an pelajar dengan peluang pekerjaan yang sangat cerah.

Di UoRM, pemegang A-Levels digalakkan untuk memohon terus bagi program ijazah, manakala mereka yang mempunyai IGCSE atau kelayakan yang setaraf dinasihatk­an untuk mendaftar untuk Program Asasi Antarabang­sa (IFP) selama 12 bulan.

NUMed dan UoRM amat cemerlang dalam menyediaka­n pendidikan UK bertaraf dunia dalam keselesaan tanah air anda.

Untukmaklu­matlanjut,logmasuk ke www.theglobals­cholars.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia