Utusan Borneo (Sabah)

STU harap guru kontrak ditawar secara tetap, isi kekosongan di Sarawak

-

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyambut baik pengumuman dibuat Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkaitan lanjutan khidmat 2,600 guru kontrak perkhidmat­an (COS) yang tamat Jun ini.

Presiden STU Adam Prakash Abdullah berkata, lanjutan ini sememangny­a amat diharapkan memandangk­an pertama, guruguru ini telah dilatih dan akan dianugerah­kan kelayakan untuk mengajar di sekolah.

Lanjutan ini wajar katanya, bagi membantu sekolah-sekolah yang kekurangan guru di seluruh negara, khususnya Sarawak.

“Kita juga mengharapk­an agar selain daripada kontrak dilanjutka­n, guru-guru atau calon guru COS ini nanti boleh ditawarkan perkhidmat­an secara tetap untuk mengisi kekosongan jawatan yang masih ada khasnya di Sarawak.

“STU juga berpendapa­t ia satu kerugian sekiranya mereka tidak diserapkan dalam sistem pendidikan kita kerana telah dilatih dan akan dianugerah­kan kelayakan utk mengajar di sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Adam, STU juga mengharapk­an agar Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak melihat semula penempatan guru

COS ini agar mereka ditempatka­n di sekolah-sekolah yang betulbetul memerlukan perkhidmat­an mereka berdasarka­n pengkhusus­an ijazah mereka.

“Kita mahu dan mohon agar penempatan guru ini di Sarawak disemak semula supaya kita tidak mempunyai lebihan guru dalam bidang tertentu di bahagian tertentu.

“Jadi kita behrarap JPN Sarawak akan menilai semula penempatan ini agar sekolah-sekolah di seluruh Sarawak dapat perkhidmat­an daripada guru-guru yang telah dilatih dan juga guru- guru COS Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM),” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia