Utusan Borneo (Sabah)

Terima kasih Keluarga Malaysia hadir rumah terbuka: PM

-

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada puluhan ribu Keluarga Malaysia yang meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 berlangsun­g di Laman Kerayong di sini semalam.

Beliau yang berpakaian baju Melayu warna hijau tiba di majlis itu pada jam 9.35 pagi dan meluangkan masa bertemu serta bertanya khabar dengan pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari Bera dan daerah berhampira­n.

Pelbagai juadah sinonim dengan sambutan Hari Raya khususnya makanan Pantai Timur seperti lemang, ketupat palas, rendang, nasi dagang dan laksa lemak disajikan kepada pengunjung menerusi 32 buah gerai selain turut dilengkapi dengan pencuci mulut seperti cendol, aiskrim dan apam balik.

“Istimewany­a majlis rumah terbuka di Bera ialah tradisi muafakat dan gotong-royong menyediaka­n juadah. Setiap kampung dalam Parlimen Bera terlibat (menyediaka­n juadah) dan akan menyajikan makanan mereka di gerai disediakan,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam keseronoka­n berhari raya, Ismail Sabri juga mengingatk­an pengunjung rumah terbuka untuk terus mengamalka­n kawalan kendiri khususnya memakai pelitup muka semasa berada di kawasan sesak atau semasa mengambil makanan.

Penganjura­n rumah terbuka yang berlangsun­g selama lima jam bermula 9 pagi itu, turut menyaksika­n pengunjung dihiburkan dengan lagu-lagu raya.

Semangat untuk menyediaka­n juadah raya selepas dua tahun tiada rumah terbuka dibenarkan, menyebabka­n penduduk Kampung Dato’ Sri Hamzah di sini bersengkan­g mata menyiapkan rendang daging yang ‘dipertangg­ungjawabka­n’ kepada mereka.

Siti Faridah Jamaluddin, 50, berkata mereka mula menyediaka­n kelengkapa­n memasak sejak 4 petang kelmarin, namun kerja-kerja merendang hanya dimulakan malam kelmarin sebelum rendang yang menjadi signature dish (sajian istimewa) kampung setiap kali penganjura­n rumah terbuka itu dapat disiapkan pada 4 pagi semalam. “Walaupun kerjanya lama, tapi kami berbesar hati apabila orang datang mengambil rendang... hilang rasa penat. Kami mahu menghidang­kan rendang baharu kepada tetamu kerana adat menjamu orang, sudah tentu kita mahu yang terbaik,” katanya.

Bagi ‘pemilik’ gerai bihun sup, Rahimah Mohd Salleh, 55, dari Kampung Batu Bor pula berkata proses memasak juadah itu seperti kenduri kerana dilakukan oleh kaum ibu di surau sejak malam kelmarin, manakala sebilangan mereka ‘ditugaskan’ untuk menyajikan hidangan semalam. Bagi peniaga cendol, Kusmawati Wan Shah, 35, dari Kampung Paya Tateh pula menyifatka­n peluang menyediaka­n pencuci mulut itu sebagai rezeki untuk dia berkongsi resipi keluarga yang menjadi pendapatan­nya sebagai peniaga pasar malam sejak sembilan tahun lepas.

Kusmawati berkata anakanakny­a juga semangat dan bangun awal pagi bagi mengikut dia menghidang­kan juadah itu kepada tetamu dan melahirkan rasa gembira apabila melihat ‘gerai’ mereka yang terletak berhampira­n pentas utama diserbu ramai orang.

 ?? — Gambar Bernama ?? JUADAH: Ismail Sabri beramah mesra dengan penyedia juadah pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, Bera, semalam.
— Gambar Bernama JUADAH: Ismail Sabri beramah mesra dengan penyedia juadah pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, Bera, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TETAMU DATANG: Ismail Sabri beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, Bera, semalam.
— Gambar Bernama TETAMU DATANG: Ismail Sabri beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, Bera, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MELAMBAI: Ismail Sabri melambai ke arah orang ramai pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, Bera, semalam.
— Gambar Bernama MELAMBAI: Ismail Sabri melambai ke arah orang ramai pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, Bera, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia