Utusan Borneo (Sabah)

SMK Krubong akan dibuka Jun depan: Exco

-

MELAKA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Krubong di sini, yang dibina dengan kos berjumlah RM24 juta dengan 24 bilik darjah dan mampu menampung 840 pelajar itu, dijangka akan dibuka pada akhir Jun depan.

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata sekolah menengah tersebut dibina bagi mengurangk­an kepadatan pelajar di sekolah berhampira­n seperti SMK Paya Rumput, SMK Malim dan SMK Tun Haji Abdul Malek.

“Saringan pemilihan guru danpelajar­telahdilak­ukandan kerajaanne­gerisangat­prihatin tentang isu pembanguna­n sekolah dan kita akan melihat keperluan dari semasa ke semasa, untuk memastikan anak-anak di negeri ini mendapat pendidikan yang sewajarnya,” katanya di Majlis Rumah Terbukanya sempena Hari Raya Aidilfitri di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata sekolah di Melaka akan menerima lokar untuk penyimpana­n buku secara berperingk­at, dalam usaha menangani isu beg sekolah berat namun jumlah serta senarai sekolah terbabit masih dalam penelitian.

Dalam perkembang­an lain, katanya ibu bapa di Melaka diminta tidak perlu khuatir untuk membenarka­n anak mereka bersekolah seperti biasa mengikut sesi persekolah­an penuh, walaupun penularan COVID-19 di negeri itu masih berlaku.

Rais berkata Jabatan Pendidikan Melaka, telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi membendung penularan wabak tersebut dalam kalangan warga sekolah dan akan terus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Kesihatan.

Beliau berkata sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 secara mendadak di sekolah selepas Hari Raya Aidilfitri, tindakan segera akan diambil bagi mengawal penularan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia