Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki hilang di sungai ditemukan lemas

- Oleh Hamzah Sanudin

BELURAN: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai cuba menghalau lembu di Sungai Sugut, Kampung Botition, di sini pada Jumaat.

Mayat mangsa berumur 29 tahun itu ditemukan kira-kira jam 11.25 malam, selepas sehari operasi dan mencari (SAR) dilakukan di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.19 petang.

“Seramai empat anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Operasi turut dibantu oleh BBP Sandakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam,” katanya.

Katanya, sebaik tiba operasi

SAR segera dilakukan sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan terapung oleh orang awam di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Beluran untuk tindakan selanjutny­a.

“Kes tersebut kemudianny­a diserahkan kepada pihak PDRM sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.50 malam,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Terdahulu, mangsa dikatakan bersama sepupunya berumur 34 tahun berenang di sungai berkenaan untuk menghalau lembu.

Bagaimanap­un, hanya sepupu mangsa sempat menyelamat­kan diri berenang ke tepi sungai sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Nangoh oleh orang awam untuk menerima rawatan.

Mangsa pula gagal menyelamat­kan diri dan dipercayai lemas sebelum orang awam membuat laporan kepada BBP Beluran untuk operasi SAR.

 ?? ?? LEMAS: Mayat mangsa ditemukan terapung oleh orang awam di sungai berkenaan.
LEMAS: Mayat mangsa ditemukan terapung oleh orang awam di sungai berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia