Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu mainkan peranan pilih pemimpin yang baik: Shafie

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Rakyat perlu memainkan peranan yang penting dalam memilih pemimpin yang baik dan mampu memajukan pembanguna­n negara.

Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata rakyat jangan tersalah pilih kerana mereka yang dapat menentukan hala tuju negara akan datang.

Katanya, sekiranya rakyat membuat pilihan berdasarka­n prestasi dan kewibawaan seseorang pemimpin sudah pasti negara boleh membangun seiring negara maju.

“Namun, sekiranya rakyat masih mengharapk­an pemimpin yang hanya menabur wang semasa pilihan raya akan datang, maka rosaklah kepimpinan negara.

“Kalau mentaliti rakyat sudah dirosakkan dengan wang ringgit, sudah tentu negara kita akan dipimpin oleh kerajaan yang tidak dapat memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pusat Khidmat Parti WARISAN Ampang dan Pandan, Selangor, kelmarin.

Menurutnya, negara jiran Indonesia dahulu juga pernah mengamalka­n politik wang semasa pemilihan pemimpin sehingga negaranya sukar untuk membangun.

“Bagaimanap­un, sekarang mereka mempunyai pemimpin yang berkaliber sehingga negaranya dapat membangun kerana rakyatnya sudah memilih ketua negara yang betul,” katanya.

Dalam majlis itu juga, Shafie turut memberikan nasihat kepada anak muda yang hadir supaya menjadi ahli Parti WARISAN yang setia.

Katanya, WARISAN adalah sebuah parti politik yang tidak berlandask­an satu kaum dan agama sahaja seperti parti-parti politik yang lain di negara ini.

“Pengundi muda harus sedar, sekiranya mahu menjadikan sebuah negara yang makmur, kepimpinan­nya perlu bersikap terbuka dan adil kepada semua kaum.

“Saya berharap semua anak muda yang ada di sini menjadi penentu sebuah kerajaan yang baik pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Selangor YB Byran Lai; Dr Rajiv Bhanot; King Chua, Haji Ismail Hashim, Jimmy Wong dan jemputan lain.

 ?? ?? RASMI: Presiden Parti Warisan (WARISAN) Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal merasmikan Pusat Khidmat WARISAN Ampang dan Pandan, Selangor. Turut sama ADUN Teratai, Selangor, Byran Lai; Dr Rajiv Bhanot; King Chua, Ismail Hashim dan Jimmy Wong serta jemputan lain.
RASMI: Presiden Parti Warisan (WARISAN) Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal merasmikan Pusat Khidmat WARISAN Ampang dan Pandan, Selangor. Turut sama ADUN Teratai, Selangor, Byran Lai; Dr Rajiv Bhanot; King Chua, Ismail Hashim dan Jimmy Wong serta jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia