Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjut hingga 25 Mei

-

LAHAD DATU: Perintah berkurung membabitka­n perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutka­n sehingga 25 Mei ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah dari pukul 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan serta Beluran.

“Penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dikehendak­i berada di rumah, manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki (atau berada) di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh pengganas, sekali gus mengancam keselamata­n penduduk termasuk penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an serta pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendapati, kumpulan yang menjalanka­n kegiatan penculikan untuk dapatkan tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf, masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan serta lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya.

Idris berkata perintah berkurung itu juga, akan memudahkan penguatkua­saan serta pemantauan terhadap pergerakan bot dan menimbulka­n rasa selamat serta yakin kepada penduduk maritim, dengan kehadiran pasukan keselamata­n.

Dalam pada itu, katanya semua Ketua Polis Daerah di ESSzone diberi kuasa mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak, bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan perintah berkurung itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia