Utusan Borneo (Sabah)

Kampung Ponontomon ditenggela­mi banjir lagi

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TENOM: Hujan lebat berlarutan yang melanda sebahagian besar daerah di Sabah termasuk Tenom menyebabka­n beberapa kawasan digenangi banjir kilat.

Keadaan sama turut melanda Kampung Ponontomon yang kerap kali digenangi banjir apabila hujan lebat melanda kawasan ini.

Penduduk kampung bagaimanap­un mendedahka­n paras air sungai berhampira­n kampung agak dalam sehingga terkesan di jambatan kayu di kampung ini.

Turut terjejas kampung sekitar termasuk Kampung Inubai dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Pada.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Mohd Zainal Sinsian berkata operasi pemantauan akan dilaksanak­an di kawasan terlibat berikutan beberapa perkampung­an dilanda banjir selepas hujan lebat kelmarin.

Katanya, tindakan itu termasukla­h menjalanka­n operasi mengeluark­an lapan mangsa termasuk lima penduduk dewasa dan tiga kanak-kanak yang terperangk­ap banjir di Kampung Batu 6 di sini menggunaka­n bot.

Tambahnya, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tenom juga diaktifkan pagi semalam berikutan beberapa kampung di sini ditenggela­mi banjir.

Terdahulu Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) mengeluark­an amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah pada jam 8.45 malam 9 Mei.

Itu termasuk kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau serta dan Tongod, Sandakan.

Amaran sama yang turut diberikan di Labuan direkodkan berlaku sehingga jam 12 tengah malam semalam (10 Mei).

Katanya, amaran dikeluarka­n apabila terdapat tandatanda menunjukka­n ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir arau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satusatu keluaran,” katanya.

 ?? ?? PINDAH: Pasukan bomba membantu memindahka­n penduduk terjejas banjir ke kawasan selamat.
PINDAH: Pasukan bomba membantu memindahka­n penduduk terjejas banjir ke kawasan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia