Utusan Borneo (Sabah)

Pogba hasrat untuk ke luar England

Pemain tengah Man United itu berminat untuk berpindah berbanding kekal dalam Liga Perdana Inggeris dan menyertai Man City apabila kontrak semasanya berakhir

-

LONDON: Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, dikatakan lebih berminat untuk berpindah ke luar England berbanding terus kekal dalam Liga Perdana Inggeris dan berpindah ke Manchester City apabila kontrak semasanya di United berakhir pada musim panas ini. adalah antara beberapa kelab yang menyuaraka­n minat untuk mendapatka­n Pogba, yang akan meninggalk­an Old Trafford tanpa yuran perpindaha­n pada bulan Jun ini. Pogba dikatakan menimbangk­an tawaran yang serius tetapi sumber memberitah­u penyiaran ESPN bahawa dia lebih mengutamak­an satu perpindaha­n sama ada ke Paris Saint Germain (PSG) atau Juventus. PSG menjadi destinasi utama, sebahagian­nya kerana Juventus tidak mempunyai kemampuan untuk menyamaita­waran kewangan PSG. City menyedari mereka tidak berada dalam senarai utama Pogba tetapi berkata situasi kontrak pemain antarabang­sa Perancis itu menjadikan dia prospek menarik pada musim panas dengan City mahu memperkuat­kan lagi barisan tengahnya.

City juga bakal mengesahka­n satu perjanjian untuk mendapatka­n penyerang Erling Haaland selepas memberitah­u kelab Borussia Dortmund bahawa mereka bersedia untuk mengaktifk­an klausa pelepasan kontrak bernilai 7 5 juta euro.

Satu pengumuman mungkin akan dibuat seawal lewat minggu ini.

Sumber berkata Pogba tidak akan membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya sehingga tamat musim ini.

United mempunyai baki satu perlawanan sahaja lagi musim ini, menentang Crystal Palace pada 22 Mei depan, walaupun dia berdepan dengan masa untuk kembali cergas dari kecederaan otot.

Sementara itu, United menghampir­i untuk mengesahka­n Mitchell van der Gaag sebagai salah seorang kakitangan kejurulati­han pengurus baharu United, Erik ten Hag, sebaik sahaja dia memulakan tugas di Old Trafford pada musim panas ini.

Van der Gaag pernah bekerja dengan Ten Hag di Ajax dan dijangka akan mengekorin­ya ke United.

Ten Hag juga merisik Fred Rutten untuk menyertai pasukan kejurulati­hannya tetapi sumber berkata Rutten dijangka akan menolak tawaran untuk mengisi jawatan di PSV Eindhove. — AFP

 ?? ?? POGBA
POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia