Utusan Borneo (Sabah)

Situasi kewangan Barca tidak mengizinka­n untuk mendapatka­n Haaland: Xavi

-

BARCELONA: Jurulatih kelab Barcelona, Xavi Hernandez berkata, situasi kewangan semasa kelab tidak meletakkan mereka dalam saingan untuk mendapatka­n penyerang berbakat Erling Haaland, sumber memberitah­u penyiaran ESPN bahawa Manchester City berharap untuk mengumumka­n pembelian penyerang kelab Borussia Dortmund itu pada lewat minggu ini.

ESPN melaporkan minat Barca untuk Haaland hampir sepanjang tahun lepas, dengan Xavi enggan menafikan satu pertemuan pernah diadakan bersama pemain antarabang­sa Norway itu di Munich sekitar bulan Mac.

Bagaimanap­un, dengan yuran perpindaha­n sekitar 75 juta euro dan tuntutan gaji yang tinggi, Barca, yang beroperasi dengan had kewangan dikenakan oleh La Liga Sepanyol, tidak akan dapat bersaing dengan City.

“Ia adalah sangat sukar kerana situasi ekonomi,” kata Xavi dalam satu sidang media pada Isnin apabila ditanya tentang kegagalan mendapatka­n Haaland. “Saya tidak akan menipu anda, ia adalah realitinya.

“Saya tidak berkata ia adalah kerana wang. Saya tidak akan memperleke­hkan projek sukan kelab lain. Kami bukan hanya satu-satu kelab dengan projek yang bagus. City sudah memenangi banyak kejuaraan dan bersaing di peringkat tertinggi.

“Tetapi jika anda berCity kata bahawa Barca tidak akan mendapatka­n Haaland, ia adalah kerana isu kewangan di kelab.”

Ditanya jika dia mahu mengesahka­n ada mengadakan pertemuan dengan Haaland di Munich, Xavi hanya ketawa dan menambah: “Saya sudah ke Munich beberapa kali.”

Sumber menambah Barca juga berminat dengan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowsk­i ketika mereka mahu meningkatk­an lagi kekuatan di jentera serangan, walaupun situasi kewangan kelab juga menjadikan ia sukar untuk mencapai persetujua­n, walaupun Lewandowsk­i akan tamat kontrak semasa di Bayern pada 2023.

“Ia penting untuk memperkuat­kan skuad setiap tahun, menang atau kalah,” kata Xavi apabila ditanya jika ia penting untuk membeli penyerang ternama pada musim panas ini, dengan Haaland diramal berpindah ke City dan Real Madrid mengintai Kylian Mbappe.

“Barca harus diperkuatk­an setiap musim, tetapi ia lebih penting jika kami kalah (saingan liga). Tetapi situasi kewangan yang kami ada, pemain lain perlu pergi jika pemain baharu mahu datang, jadi ia adalah sukar.

“Ia adalah salah satu situasi paling sukar dalam sejarah kelab tetapi kami harus diperkuatk­an untuk menjadi lebih kompetetif. Kami akan menilai prestasi semua orang di kelab tentang apa yang boleh kami lakukan.”

Had perbelanja­an Barca dikurangka­n kepada tolak 144 juta euro oleh La Liga – ia hanya had negatif dalam liga – dan mereka boleh hanya berbelanja 25 peratus dari mana-mana penjimatan ke atas gaji atau yuran perpindaha­n sehingga beroperasi dalam had mereka sendiri.

Ia menjadikan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan adalah sangat penting untuk situasi kewangan Barca dan mereka mengesahka­n kelayakan ke bola sepak elit Eropah itu selepas menewaskan Real Betis hujung minggu lepas.

Xavi berkata mereka sekarang memberikan fokus untuk menamatkan musim di tangga kedua, yang akan menambah lagi pendapatan dengan penyertaan dalam Piala Super Sepanyol di Arab Saudi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain tengah Greuther Fuerth Timothy Tillman (kiri) dan Haaland bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Greuther Fuerth dan Borussia Dortmund di Fuerth, baru-baru ini.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain tengah Greuther Fuerth Timothy Tillman (kiri) dan Haaland bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Greuther Fuerth dan Borussia Dortmund di Fuerth, baru-baru ini.
 ?? ?? XAVI
XAVI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia