Utusan Borneo (Sabah)

Villa yakin rundingan harga untuk Coutinho dapat dicapai

-

LONDON: Kelab Aston Villa berasa yakin akan mencapai persetujua­n dengan penguranga­n harga untuk mendapatka­n pemain tengah, Philippe Coutinho selepas membuka rundingan dengan kelab asal pemain itu, Barcelona.

Pengurus Villa, Steven Gerrard, menjelaska­n pada hujung minggu lepas bahawa dia masih mahu mendapatka­n pemain berusia 29 tahun itu untuk kontrak tetap selepas menyerlah dalam tempoh pinjaman dari Barcelona, menjaringk­an empat gol dan mengumpan tiga gol dalam liga sejak perpindaha­n pada bulan Januari lepas.

Persetujua­n awal dengan Barca mempunyai satu pilihan pembelian tetap pada akhir musim, ditetapkan pada 33 juta pound.

Villa difahamkan membuat tawaran awal sekitar 12 juta pound – tetapi tiada yuran dipersetuj­ui setakat ini dan rundingan di antara keduadua kelab masih berjalan. Laporan di Sepanyol mencadangk­an Barca mungkin bersedia untuk berurusan dengan yuran sekitar 12.9 juta pound.

Barca, yang diselubung­i masalah kewangan, bersedia untuk berurusan dengan harapan untuk mengurangk­an kos gaji yang cukup tinggi dengan melepaskan Coutinho, salah seorang dari beberapa pemain yang menerima gaji yang tinggi di Barca.

Barca juga mahu memperkuat­kan skuadnya pada musim panas ini dan perlu menjual pemain sebelum membeli pemain baharu.

Sekiranya Villa bersetuju dengan yuran perpindaha­n yang lebih rendah, mereka bagaimanap­un masih perlu berunding dengan tuntutan gaji pemain yang tinggi.

Coutinho, yang bermula cemerlang di Villa tetapi mulai hilang rentak sejak beberapa minggu yang lalu, juga dikaitkan dengan perpindaha­n ke Arsenal dan

Newcastle tetapi Villa dan Gerrard berusaha untuk meyakinkan pemain itu bahawa dia boleh memainkan peranan besar di kelab.

Gerrard pernah bermain bersama Coutinho ketika di Anfield, sebelum berpindah ke Nou Camp dengan yuran 105 juta pound. Yuran perpindaha­n itu adalah yang ketiga paling mahal tetapi dia gagal mempamerka­n aksi konsisten bersama Barca dan kerana itu dipinjamka­n ke beberapa kelab termasuk Bayern Munich.

Gerrard bakal menerima sokongan kewangan yang kuat dari pemilik kelab untuk memperkuat­kan skuadnya pada musim panas ini.

Villa masih berunding untuk mendapatka­n seorang lagi pemain tengah – seperti bintang Leeds United, Kalvin Phillips dan Yves Bissouma dari Brighton, yang menolak tawaran Villa pada bulan Januari lepas. — AFP

 ?? ?? COUTINHO
COUTINHO
 ?? ?? GERRARD
GERRARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia