Utusan Borneo (Sabah)

Bayern intai Mane, keberadaan­nya di Liverpool menjadi persoalan

-

MUNICH: Masa depan Sadio Mane di Liverpool menjadi persoalan selepas Bayern Munich dikatakan menyuaraka­n minat untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa Senegal itu.

Mane — dengan prestasi menyerlah sejak beberapa minggu yang lalu – memasuki tahun terakhir kontrak semasanya, sama seperti rakan penyerang Mohamed Salah tetap, sehingga kini, tiada perbincang­an tentang lanjutan kontrak untuk terus kekal di kelab, yang bermula pada Jun 2016 selepas dibeli dari Southampto­n.

Bagaimanap­un, beberapa sumber menegaskan nama

Mane tidak dibincangk­an dengan agensi penyerang berusia 30 tahun itu juga menguruska­n penyerang Bayern, Serge Gnabry.

Pertalian dengan Bayern mengejutka­n pegawai kelab Liverpool. Mane tidak pernah memberikan sebarang gambaran bahawa dia melakukan perkara lain selain membuat persediaan untuk membantu Liverpool memburu tiga kejuaraan musim ini.

Tetapi kemunculan pertalian dan spekulasi dari Bayern, yang mempunyai sejarah membangkit­kan spekulasi perpindaha­n pada bulan April dan Mei dan menjadi realiti – seperti ketika mendapatka­n Mats Hummels, Mario Gotze dan Robert Lewandowsk­i dari kelab Borussia Dortmund.

Ia adalah musim yang agak hambarbuat­Bayern,walaupun mereka memenangi kejuaraan Bundesliga­Jermanuntu­ktahun ke-10 berturut-turut.

Mereka tersingkir awal dalam kejohanan Liga JuaraJuara dan Piala Jerman dan menyedari bahawa skuad mereka perlu diperkuatk­an lagi untuk bersaing sekali lagi di Eropah.

Liverpool dan Bayern tidak mahu mengulas tentang spekulasi itu tetapi ia jelas ada sesuatu yang berlaku di sebalik tabir jika Mane mahu terus kekal di Anfield untuk tempoh yang lebih lama.

Salah dan seorang lagi rakan penyerang, Roberto Firmino juga berada dalam situasi kontrak yang sama.

Firmino, penyerang antarabang­sa Brazil – yang tidak beraksi sejak menewaskan Manchester City pada perlawanan separuh akhir Piala FA kerana kecederaan – mungkin kembali beraksi pada perlawanan liga lewat menentang Aston Villa ketika Liverpool terus mengintai peluang untuk memenangi kejuaraan liga selepas ketinggala­n tiga mata di belakang pendahulu liga, Manchester City. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia