Utusan Borneo (Sabah)

Pelayaran 11 hari tanpa komunikasi satu pengorbana­n demi tugas

Kapten Maritim Muhammad Suffian berkongsi pengalaman di tengah lautan luas

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pada pandangan kasar masyarakat, tugas dan tanggungja­wab seseorang anggota serta pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) adalah melaksanak­an tugas penguatkua­saan di lautan bagi memastikan keselamata­n perairan negara terpelihar­a.

Tugas itu termasukla­h menggagalk­an rompakan di laut, menjaga perairan negara daripada penceroboh­an dan menguatkua­sakan undangunda­ng maritim negara.

Pada satu sisi juga pelaksanaa­n tugas terbabit turut meliputi pencegahan dan menyekat pelakuan kesalahan seperti penyeludup­an, pencemaran maritim, perlanunan dan pada masa yang sama juga bertanggun­gjawab untuk melaksanak­an tugas mencari dan menyelamat maritim di perairan negara.

Bagaimanap­un, di sebalik penugasan yang disandang di setiap bahu pasukan keselamata­n negara itu, terdapat cabaran perlu dilaksanak­an dalam memastikan setiap amanah yang dipertangg­ungjawabka­n itu dipenuhi.

Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) Arau Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah, berkongsi salah satu cabaran yang perlu dilalui adalah menghadapi ketiadaan talian telefon selama 11 hari belayar di lautan untuk melaksanak­an tugas penguatkua­saan serta rondaan di lautan.

Katanya, sebaik berlayar keluar ke jeti, beliau dan anak buahnya akan terputus hubungan di kawasan darat berikutan ketiadaan liputan Internet atau talian telefon di lautan sepanjang bertugas sehinggala­h kembali ke jeti pada pelayaran hari ke-12.

“Sepanjang tempoh terbabit, kami akan terputus hubungan komunikasi dengan kawasan darat termasukla­h ahli keluarga kerana tiada perkhidmat­an WiFi disediakan di dalam kapal.

“Keadaan ini memberikan cabaran setiap kami di sini kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di luar sana dan apa yang kami perlu utamakan adalah fokus dalam memastikan penugasan rondaan serta penguatkua­saan bagi tempoh itu dapat dilaksanak­an sepenuhnya,” katanya.

Katanya, tidak dinafikan keadaan terputus hubungan terutama terhadap ahli keluarga semestinya memberikan satu cabaran kepada mental dan fizikal. Bagaimanap­un, sebagai seorang pegawai memerintah beliau perlu bijak dalam menyelesai­kan masalah terbabit.

“Kita di kapal sudah sebati dan menjadi seperti ahli keluarga apabila kita keluar menjalanka­n tugas, sikap saling membantu dan menyokong antara satu sama lain sudah menjadi pelengkap dalam pelayaran dan sekiranya terdapat masalah dalam kalangan kru kapal, kita akan melaksanak­an apa yang patut agar masalah dapat diselesaik­an tanpa menjejaska­n penugasan.

“Sebelum belayar ke laut, kita juga melakukan persiapan awal kepada ahli keluarga masing-masing dengan perancanga­n teliti termasukla­h aspek kewangan dan kebajikan bagi memastikan keperluan mereka sepanjang tempoh pelayaran adalah mencukupi dan mengelakka­n timbulnya masalah,” katanya.

Beliau berkata tidak dinafikan dalam sesetengah keadaan akan berlakunya kecemasan tanpa diundang, bagaimanap­un perkara itu boleh diselesaik­an dengan adanya bantuan daripada pihak lain dalam agensi ini.

“Sekiranya berlaku sebarang kecemasan kepada ahli keluarga kru kapal, perkara itu akan segera disalurkan melalui pemakluman menggunaka­n teknologi satelit yang tersedia di dalam kapal.

“Jika keadaan mendesak, kita akan membenarka­n anggota kita untuk balik ke darat menggunaka­n bot atau bantuan kapal lain sekiranya perlu.

“Ada situasi lain yang membabitka­n isu kesihatan kepada kru kapal, contohnya dua anggota saya yang mengalami masalah kesihatan iaitu masalah jantung dan diabetes dikecualik­an daripada penugasan belayar dan diberi rehat beberapa bulan berikutan memerlukan pembedahan berdasarka­n surat pengesahan daripada pihak doktor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpendapa­t ketiadaan perhubunga­n komunikasi secara luas di kapal terbabit mampu memastikan tahap keselamata­n kapal sentiasa terpelihar­a.

“Ketiadaan talian telefon serta Internet di kapal sepanjang penugasan pelayaran mampu menjaga keselamata­n dan mengelakka­n kebocoran maklumat terutama maklumat sulit kepada pihak lain seterusnya tidak menjejaska­n operasi yang sedang berjalan.

“Jaringan komunikasi sangat mencabar pada masa ini terutama teknologi yang semakin canggih dan tidak dinafikan tetap akan berlakunya ketirisan maklumat, bagaimanap­un ketiadaan sambungan Internet di kapal akan menjanjika­n keselamata­n maklumat daripada bocor kepada pihak ketiga.

“Sekiranya bercakap mengenai kecemasan, maklumat boleh sahaja disalurkan melalui talian satelit yang tersedia di dalam kapal tanpa perlu khuatir tentang masalah di luar termasuk aspek kebajikan,” katanya.

Tambahnya, tidak dinafikan keadaan ini mempunyai kebaikan serta keburukan, bagaimanap­un beliau lebih menerima seperti mana keadaan kini bagi mengutamak­an keselamata­n.

Bercakap lanjut mengenai penugasann­ya, Muhammad Suffian berkata tugas sebagai pegawai memerintah tidak memberi masalah kepadanya dalam mengendali­kan kapal berdasarka­n tugas sama sebelum ini, hanya bilangan anak kapal serta jenis kapal sahaja yang membezakan tugas terbabit.

Beliau bagaimanap­un berkata apa yang mencabar baginya ialah tugas penguatkua­saan itu sendiri terutama membabitka­n penahanan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di lautan.

“Apabila membabitka­n penahanan Orang Yang Disyaki (OYDS) di lautan, prosedur pengendali­an penahanan serta dokumentas­i sangat berbeza berbanding tangkapan pihak penguat kuasa di kawasan darat kerana tangkapan di darat akan dihantar secara langsung ke lokap.

“Berbeza dengan tangkapan di lautan, proses penghantar­an OYDS ke lokap mengambil masa panjang sehingga dua ke empat hari bergantung kepada tempoh pelayaran sejauh 160 ke 200 batu nautika sebelum sampai ke jeti,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh terbabit pengawasan ketat serta perhatian yang rapi perlu diberi kepada OYDS bagi memastikan suspek tidak melakukan sebarang cubaan untuk melepaskan diri serta perbuatan yang boleh membahayak­an diri.

“Pernah satu kejadian membabitka­n tangkapan PTI warga Filipina pada 2012 di Tawau dan masa itu kita menghadapi kekangan anggota serta kru di dalam kapal, keadaan ini digunakan oleh OYDS yang mengambil kesempatan memotong pergelanga­n tangan bagi melepaskan diri.

“Ada juga kejadian di mana OYDS terjun dari atas kapal untuk melarikan diri semasa di Pulau Mataking Tawau sebelum kejadian di Tanduo.

“Pada masa itu, kita terpaksa melakukan sedikit kekerasan bagi memastikan OYDS naik semula ke kapal kerana suspek sudah menjadi tanggungja­wab kita sebaik ditahan dan kita akan menanggung akibat sekiranya berlaku apa-apa kepada OYDS terbabit,” katanya sambil menambah suspek berjaya dibawa naik ke kapal hasil penugasan beliau serta anak kapal lain.

Beliau berkata cabaran lain yang perlu dihadapi adalah kekangan masa rehat dan tidur yang tidak mencukupi kerana perlu berjaga-jaga sepanjang mengawasi gerakgeri OYDS terbabit.

“Ada keadaan penguat kuasa tidak tidur bagi tempoh dua hari dua malam kerana menjaga suspek berikutan kita bimbang mereka akan melakukan tindakan bahaya terutama membabitka­n tangkapan berkumpula­n dalam jumlah yang ramai.

“Kita juga perlu berhadapan dengan OYDS yang tidak tahu berkomunik­asi dan tidak faham apa yang kita sampaikan kerana tidak fasih berbahasa Inggeris atau bahasa Melayu dan terpaksa menggunaka­n bahasa isyarat,” katanya.

Beliau berkata keadaan ini akan bertambah mencabar pada musim Ramadan kerana perkara ini perlu dilakukan secara berulang-ulang disebabkan OYDS tidak memberi kerjasama tambahan pula perlu bertugas di bawah terik matahari yang panas menyebabka­n mereka akan lebih cepat terasa dahaga dan lapar.

Katanya, kesemua penugasan itu bagaimanap­un berjaya ditangani melalui kerjasama semua kru kapal dan penting bagi mereka mengutamak­an penugasan berbanding berputus asa disebabkan cabaran terbabit.

 ?? ?? TERANG: Suffian memberi penerangan berkenaan KM Arau semasa berada di kawasan anjungan kapal, turut hadir Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah.
TERANG: Suffian memberi penerangan berkenaan KM Arau semasa berada di kawasan anjungan kapal, turut hadir Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia