Utusan Borneo (Sabah)

Murid, guru PPKI bekerjasam­a jayakan Majlis Penutupan Program Ihya Ramadan

-

LABUAN: Majlis Penutupan Program Ihya Ramadan di Program Pendidkan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) telah berjaya dijalankan, baru-baru ini.

Program ini melibatkan semua Murid Berkeperlu­an Pendidikan Khas (MBPK), Guru Pendidikan Khas (GPK) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) SK Pekan Satu.

Seramai 59 orang murid beragama Islam, 15 murid bukan beragama Islam, 16 GPK dan 8 PPM bekerjasam­a menjayakan program tersebut.

Guru Penyelaras Program Ihya Ramadan, Noor Alwani Sa’ad berkata program tersebut dilaksanak­an bertujuan untuk memberi suasana yang berbeza kepada muridmurid serta guru sempena kehadiran bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Katanya, pelbagai aktiviti dilaksanak­an termasuk membuat biskut raya, menghafal niat puasa, membuat kad raya, dan persiapan atau latihan bagi pertanding­an nasyid, hafazan, azan dan nyanyian.

“Setiap aktiviti dijalankan secara berkumpula­n iaitu melibatkan empat kumpulan.

“Terdapat juga aktiviti yang melibatkan ibu bapa murid seperti pertanding­an mewarna poster raya dan swafoto raya. Pukul 7:30 pagi, semua MBPK dan GPK berkumpul di Dataran Kejat,” katanya.

Majlis penutup dikendalik­an oleh pengacara majlis berpengala­man GPK, Amshari Muhaili dan diteruskan dengan bacaan doa oleh GPK, Muhammad Nur Iman Mazlan.

Majlis penutup dimeriahka­n dengan pertanding­an nasyid, hafazan, azan dan nyanyian dipersemba­hkan di hadapan Guru Besar, Anita Shyamini AP S Azman dan Penolong Kanan Pentadbira­n, Airol Azmi Abd Gani.

Turut diadakan majlis penyampaia­n hadiah kepada semua murid yang menang dalam setiap pertanding­an yang diadakan oleh Anita Shyamini yang diiringi Penolong Kanan Pendidikan Khas, Mohd Faisal Haji Abd Moin.

Tambah Noor Alwani, pelbagai ilmu pengetahua­n yang diperolehi murid sepanjang mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan di samping murid melatih diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalka­n puasa.

Sementara itu, Anita Shyamini berkata program itu tetap menitikber­atkan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau turut mengucapka­n syabas dan tahniah kepada seluruh warga PPKI kerana bersama-sama melaksanak­an program dengan jayanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? ALBUM: Noor Alwani (kiri) bersama Airol Azmi, Mohd Faisal dan Anita Shyamini.
ALBUM: Noor Alwani (kiri) bersama Airol Azmi, Mohd Faisal dan Anita Shyamini.
 ?? ?? BERBAKAT: Persembaha­n pertanding­an nasyid daripada pada peserta.
BERBAKAT: Persembaha­n pertanding­an nasyid daripada pada peserta.
 ?? ?? TAHNIAH: Anita menyampaik­an hadiah diperhatik­an Faisal (kanan).
TAHNIAH: Anita menyampaik­an hadiah diperhatik­an Faisal (kanan).
 ?? ?? KREATIF: Persiapan membuat biskut raya daripada murid.
KREATIF: Persiapan membuat biskut raya daripada murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia